1 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar telah kehilangan momentum bullish.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya untuk hari kedua susulan dengan penyusutan kadar inflasi di AS yang telah meningkatkan kemungkinan Bank Pusat AS (Fed) memotong kadar faedah di dalam tahun ini. Semasa penulisan, indeks dolar menyusut sebanyak 0.34% ke 97.18. Terdahulu, data yang digunakan oleh Fed bagi inflasi iaitu PCE dan Core PCE Price Index telah memaparkan penyusutan yang ketara dari segi kadar inflasi semasa. Pada mesyuarat yang lepas, Fed telah mengambil pendekatan dovish bagi tahun ini susulan dengan risiko pertumbuhan ekonomi global dan inflasi yang lemah sementara mengambil langkah menunggu sambil memantau dan mengambil tindakan sekiranya diperlukan. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas keputusan mesyuarat polisi dari Fed yang bakal dilepaskan pada lewat malam ini. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan pemotongan kadar bagi bulan Disember telah mencecah lebih daripada 60%. Bagi mata wang yang lain, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% ke 1.3034. Sterling telah menerima sokongan bullish yang ketara berikutan dengan perkembangan positif mengenai Brexit selepas kedua-dua parti di UK dilaporkan sedang berusaha secara ”konstruktif”.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.05% ke $63.44 setong. Komoditi minyak menerima tekanan menurun selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa stok minyak telah meningkat sebanyak 6.81 juta tong bagi minggu lepas. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.04% ke $1,282.94 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko di dalam pasaran dan peralihan fokus kepada aset di UK dan Kanada.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari Jerman Hari Pekerja
Sehari Hong Kong Hari Pekerja
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (2hb) USD FOMC Statement
02:30 USD FOMC Press Conference
04:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Apr) | 55.1 | 53.2 | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) | 129K | 181K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Apr) | 55.3 | 55.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.479M | 1.485M | – |
| 02:00 (2hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.65, 98.60
Tahap sokongan: 96.85, 95.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3120
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2900

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas 1.1200. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1250.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.25. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 111.50, 112.10
Tahap sokongan: 111.25, 111.00

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi diantara 0.7035 dan 0.7070. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7115
Tahap sokongan: 0.7035, 0.6990

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6630.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6695
Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.3400. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3370.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3370, 1.3340

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menurun sementara ia telah menutup niaga di bawah 1.0190 baru-baru ini. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.0170.
Tahap rintangan: 1.0190, 1.0205
Tahap sokongan: 1.0170, 1.0130

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah 63.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 63.15.
Tahap rintangan: 63.70, 64.65
Tahap sokongan: 63.15, 61.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 1285.80.
Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00