14 May 2019 Analisis Sesi Pagi
Aset selamat meningkat susulan perang perdagangan.
Aset selamat menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran selepas China mengumumkan tarif sebagai tindak balas ke atas tindakan AS. Pada semalam, China mengumumkan untuk mengenakan tarif di dalam lingkungan 5% – 25% ke atas 5,000 produk AS yang berjumlah $60 bilion pada 1hb Jun. China juga memberi amaran bahawa mereka bakal menghentikan pembelian barangan pertanian dan tenaga, mengurangkan pembelian pesawat Boeing dan mengehadkan perkhidmatan perdagangan dengan AS. Para pelabur juga membuat spekulasi bahawa China akan menjual bon persekutuan AS dan ini boleh mendorong kepada penyusutan nilai dolar AS. Pengumuman tersebut telah meningkatkan risiko perang perdagangan selepas AS mengumumkan untuk mengenakan tarif ke atas $200 bilion produk dari China pada hari Jumaat yang lepas. Peningkatan pada perang perdagangan boleh menjejaskan perkembangan ekonomi global dan ia telah mendorong para pelabur untuk beralih kepada aset selamat. Di dalam laporan yang berlainan, Presiden AS Donald Trump mengulas bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengenakan tarif ke atas $325 bilion barangan China yang lain. Namun, Trump mengesahkan pertemuan beliau dengan Presiden China Xi Jinping semasa sidang kemuncak G-20 di Jepun pada akhir bulan Jun yang bakal berbincang mengenai perang perdagangan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 97.11 sementara USD/JPY merosot sebanyak 0.09% ke 109.22.
Bagi aspek komoditi, harga minyak memulih sebanyak 0.26% ke $60.98 setong. Harga minyak menjunam lebih daripada 1% pada semalam susulan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran dan permintaan yang tinggi terhadap aset selamat seperti Yen Jepun akibat daripada peningkatan risiko perdagangan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,300.56 se troy auns berikutan dengan peningkatan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German CPI (MoM) (Apr) | 1.0% | 1.0% | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) | 3.5% | 3.4% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Apr) | 28.3K | 24.2K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (May) | 3.1 | 5.1 | – |
| 17:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Mar) | -0.2% | -0.3% | – |
| 17:00 | EUR – ZEW Economic Sentiment | 4.5 | 5.0 | – |
| 04:30
(15th) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 2.806M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Garisan isyarat MACD yang mula untuk menuding ke bawah mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 96.85.
Tahap rintangan: 97.30, 97.65
Tahap sokongan: 96.85, 96.40

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2945. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2945, 1.2900

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

USDJPY, Daily: USDJPY telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 109.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 108.70 bagi jangka pertengahan.
Tahap rintangan: 109.40, 110.10
Tahap sokongan: 108.70, 107.75

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6935. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.6990
Tahap sokongan: 0.6935, 0.6885

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6570. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6540

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3490. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0070, 1.0110
Tahap sokongan: 1.0040, 0.9975

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 61.80, 62.40
Tahap sokongan: 60.85, 60.35

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kenaikannya sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 1302.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1302.50.
Tahap rintangan: 1302.50, 1311.40
Tahap sokongan: 1295.65, 1285.80