22 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut susulan data pesimis.
Dolar AS telah berundur dari paras tingginya susulan dengan pembebasan data perumahan yang suram pada semalam. Semasa penulisan, indeks dolar menyusut sebanyak 0.07% ke 97.81 pada awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada US National Association of Realtors, Existing Home Sales bagi bulan April telah memberi bacaan sebanyak 5.19 juta unit, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 5.35 juta unit. Data tersebut telah mengalami penyusutan untuk bulan ke-14 berturut-turut susulan dengan harga yang tinggi dan kekurangan unit bagi segmen yang murah. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas Pengerusi Fed Boston Eric Rosengren menyatakan bahawa polisi kewangan semasa adalah sejajar dengan keadaan inflasi yang berkemungkinan untuk meningkat kembali ke sasaran 2%. Selain itu, Rosengren juga menyatakan bahawa ramalan semasa memaparkan pertumbuhan yang lebih mampan dan kadar inflasi yang rendah berkemungkinan untuk sementara waktu sahaja. Komen beliau telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap pemotongan kadar faedah pada akhir tahun ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berundur sebanyak 0.02% ke $62.81 setong. Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan seperti data EIA Crude Oil Inventories pada malam ini dan komen dari OPEC. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1,274.62 se troy auns susulan dengan perubahan portfolio pedagang kepada aset yang berisiko tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 EUR ECB President Draghi Speaks
Tentatif GBP Inflation Report Hearings
02:00 (23hb) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Apr) | 1.9% | 2.2% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.6% | 0.9% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.431M | -0.599M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.95. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.95, 98.60
Tahap sokongan: 97.65, 97.30

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2700. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2700.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2630

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1155. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1200, 1.1220
Tahap sokongan: 1.1155, 1.1100

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 110.55, 111.00
Tahap sokongan: 110.10, 109.80

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6885. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6885, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6840

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6500.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6450

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawahnya.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490
Tahap sokongan: 1.3400, 1.3370

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0110, 1.0155
Tahap sokongan: 1.0080, 1.0055

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 63.70. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan yang kukuh iaitu 62.50.
Tahap rintangan: 63.70, 64.70
Tahap sokongan: 62.50, 61.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia menutup di atas sasaran 1275.30.
Tahap rintangan: 1275.30, 1280.00
Tahap sokongan: 1269.10, 1253.30