21 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar kukuh semasa AS menangguhkan larangan Huawei.
Indeks dolar telah mengukuhkan nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas AS menangguhkan larangan terhadap syarikat teknologi Huawei China buat sementara waktu. Baru-baru ini, Presiden AS Donald Trump telah melarangkan sebarang hubungan perniagaan diantara syarikat di AS dengan Huawei. Tindakan tersebut telah meningkatkan ketegangan perang perdagangan diantara dua ekonomi terbesar di dunia. Namun, Jabatan Perdagangan AS telah mengumumkan untuk menangguhkan larangan tersebut ke atas Huawei bagi membenarkan mereka untuk meneruskan perniagaan buat sementara waktu. Sentimen terhadap ekonomi AS kekal optimis susulan dengan data ekonomi positif yang telah meningkatkan penampilan dolar di tengah-tengah kemerosotan hubungan diantara AS dan China. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% ke 97.80 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.35% ke 0.6878 semasa penulisan berikutan dengan isyarat dovish daripada Bank Pusat Australia (RBA). Menurut kepada mesyuarat minit RBA, ahli bank tersebut telah membincangkan kemungkinan pemotongan kadar susulan dengan peningkatan dalam kadar pengangguran negara. Selain itu, Gabenor RBA Philip Lowe juga menyatakan bahawa RBA akan mempertimbangkan untuk memotong kadar semasa mesyuarat dasar pada bulan Jun. Sentimen yang dovish telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar ke paras terendah dari 1.50% dan ini menyebabkan para pelabur untuk meninggalkan pasaran Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.06% ke $63.42 setong berikutan dengan peningkatan ketegangan diantara AS dan Iran. Menurut kepada laporan, Presiden AS Donald Trump telah mengancam Iran untuk mengambil tindakan yang keras sekiranya ia menjejaskan posisi AS terhadap Timur Tengah. Peningkatan ketegangan di Timur Tengah telah mendorong kepada permintaan minyak mentah yang lebih tinggi. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.15% ke $1275.73 se troy auns di tengah-tengah kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Tentatif GBP Inflation Report Hearings
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (May) | -5 | -5 | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Apr) | 5.21M | 5.35M | – |
| 05:30
(22hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 8.600M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.60. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 98.25.
Tahap rintangan: 98.25, 98.60
Tahap sokongan: 97.60, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.2785.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2615

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1150.
Tahap rintangan: 1.1180, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1150, 1.1120

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 110.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 110.20, 110.55
Tahap sokongan: 109.70, 109.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah melanjutkan pengundurannya dari tahap rintangan di 0.6915. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6855.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6855, 0.6820

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6510. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6645
Tahap sokongan: 0.6515, 0.6460

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia memecahkan pada tahap sokongan 1.3435. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah paras bawah saluran di 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3485
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3305

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.0085. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.0130.
Tahap rintangan: 1.0130, 1.0190
Tahap sokongan: 1.0085, 1.0040

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 63.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.65.
Tahap rintangan: 64.65, 66.00
Tahap sokongan: 63.15, 61.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1275.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1287.85.
Tahap rintangan: 1287.85, 1295.65
Tahap sokongan: 1275.40, 1266.35