83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mei 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD ditekan oleh perang perdagangan AS-China.

Dolar Australia telah melanjutkan kenaikannya semasa sesi Asia sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan. Pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.12% ke 0.6925 semasa penulisan. Seawalnya, dolar Australia menerima permintaan yang tinggi susulan dengan peningkatan harga bijih besi di China yang mencecah paras rekod tinggi sebanyak 774.5 se tan. Oleh kerana bijih besi merupakan salah satu eksport komoditi utama bagi Australia, pergerakan pada harganya akan memberi impak kepada mata wang AUD. Namun, keuntungan yang dialami oleh mata wang tersebut adalah masih terhad susulan dengan ketegangan politik dan perdagangan diantara AS dan China yang makin meningkat. Terdahulu, kenyataan dari Presiden AS Donald Trump memaparkan ketidakinginan mereka untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan China dan ia telah mengakibatkan pesanan SELL yang lebih tinggi di dalam pasaran. Oleh kerana China merupakan rakan dagangan utama bagi Australia, sebarang perkembangan mengenai perang perdagangan akan memberi impak kepada mata wang AUD. Untuk sepanjang minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada isyarat pasaran yang lebih lanjut mengenai perang perdagangan serta data ekonomi dari Australia untuk menentukan arah alirannya bagi jangka masa yang terdekat.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.17% ke $58.98 setong. Niaga hadapan minyak mentah mula untuk memangkas kerugiannya selepas pemotongan pembekalan dari OPEC dan sekatan AS ke atas Iran menyelubungi kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi global. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.13% ke $1,283.35 se troy auns susulan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
13:45 CHF – GDP (QoQ) (Q1) 0.2% 0.3%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (May) 129.2 130.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dollar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 97.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 97.70.

 

Tahap rintangan: 97.70, 98.00

Tahap sokongan: 97.40, 97.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2690. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2615.

 

Tahap rintangan: 1.2690, 1.2745

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2550

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1175, 1.1145

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 109.75.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.00

Tahap sokongan: 109.25, 109.05

 


AUDUSD, H4:
AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6930. Namun , MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6900.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6545.Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 0.6545..

 

Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6545, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dan arah dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul seperti pemecahan pada tahap rintangan 1.3475 atau tahap sokongan 1.3415 sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3475, 1.3520

Tahap sokongan: 1.3415, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.0050. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0050, 1.0080
Tahap sokongan: 1.0005, 0.9965

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi semeentara ia sedang menguji tahap rintangan 59.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 59.10, 60.10

Tahap sokongan: 58.05, 56.95

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1287.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1279.05.

 

Tahap rintangan: 1287.50, 1294.15

Tahap sokongan: 1279.05, 1272.80