29 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak berikutan dengan data positif.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah meningkat sebanyak 0.03% ke 97.80 berikutan dengan keyakinan pengguna yang tinggi. Menurut kepada Conference Board, Consumer Confidence Index AS telah menaik bagi bulan Mei berikutan dengan peningkatan semasa bulan April. Indeks tersebut kini memberi bacaan sebanyak 134.1, mencecah ramalan ekonomis sebanyak 130.1 serta menunjukkan pengguna yang lebih optimis mengenai prospek ekonomi dan juga peluang pekerjaan pada bulan Mei. Di samping itu, pasangan NZD/USD telah meningkat sebanyak 0.15% ke 0.6550 selepas Gabenor Bank Pusat New Zealand (RBNZ) Adrian Orr menyatakan bahawa mereka ‘berpikiran terbuka’ mengenai nisbah keperluan bank komersial di mana ia akan diselaraskan jika mempunyai sebab yang mencukupi untuk diubahkan. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pelarasan ke atas nisbah tersebut akan dilaksanakan jika mereka mengesan tanda kejutan utama di dalam pasaran.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.59% ke $58.66 setong di tengah-tengah kelulusan terminal eksport minyak yang baru di Niger Delta oleh kerajaan Nigeria. Sebelum ini, Nigeria telah mengumumkan bahawa mereka kini berpelan untuk meningkatkan pembekalan minyak mereka sebanyak dua kali ganda menjelang tahun 2025. Kenyataan tersebut telah menambah buruk sentimen pasaran minyak. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.08% ke $1280.45 se troy auns semasa para pelabur mencari perlindungan pelaburan di pasaran aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 EUR ECB Financial Stability Review
22:00 CAD BoC Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change | -12k | -8k | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Rate | 4.9% | 4.9% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
| 05:30 (30hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 2.400M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.60. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan 97.60.
Tahap rintangan: 97.95, 98.25
Tahap sokongan: 97.60, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2615.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1180. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1120.
Tahap rintangan: 1.1180, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 109.15. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum dari MACD, pemecahan dari tahap rintangan 109.75 atau tahap sokongan 109.15 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 109.70, 110.20
Tahap sokongan: 109.15, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang secara rata di atas tahap sokongan 0.6915. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6860

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.6540. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada paras atas saluran sisi berdekatan 1.3485. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3530, 1.3575
Tahap sokongan: 1.3485, 1.3435

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 1.0070. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0020.
Tahap rintangan: 1.0070, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0020, 0.9980

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 58.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 60.20, 61.80
Tahap sokongan: 58.45, 56.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1278.90. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1287.85, 1295.65
Tahap sokongan: 1278.90, 1272.25