29 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
G20 bakal menjadi tumpuan utama perang perdagangan.
Dolar AS menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran kewangan sementara para pelabur mencerna komen yang diberikan oleh Presiden AS Donald Trump. Terdahulu, Trump di dalam sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menegaskan bahawa AS masih belum bersedia untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan China. Beliau juga menyatakan bahawa tarif sebanyak 25% berkemungkinan untuk ditingkatkan ke sasaran 35% secara beransur-ansuran. Ketegangan perdagangan diantara kedua-dua negara tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke aset selamat yang termasuk bon persekutuan AS. Untuk setakat ini, sidang kemuncak G20 yang bakal diadakan di Osaka pada 28 – 29 Jun akan menjadi tumpuan utama di mana Presiden Trump berkemungkinan untuk berunding dengan Presiden China Xi Jinping mengenai perjanjian perdagangan. Sebaliknya, mata wang Euro telah menerima tekanan bearish yang kukuh susulan dengan peningkatan risiko politik dan ekonomi. Pemimpin EU bakal memulakan proses untuk memilih beberapa pegawai bertaraf tinggi yang akan menentukan masa depan zon tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 97.75 sementara EUR/USD susut sebanyak 0.03% ke 1.1166.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.95% ke $58.41 se tong. Harga minyak menurun pada pertengahan sesi Asia susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang berkemungkinan untuk mendorong kemelesetan ekonomi berskala global. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.02% ke $1,279.69 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 EUR ECB Financial Stability Review
22:00 CAD BoC Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change | -12k | -8k | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Rate | 4.9% | 4.9% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
| 05:30 (30hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 2.400M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 97.70. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.00.
Tahap rintangan: 98.00, 98.50
Tahap sokongan: 97.70, 97.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2690. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2615.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1175. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1145.
Tahap rintangan: 1.1175, 1.1215
Tahap sokongan: 1.1145, 1.1115

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.25. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan arah aliran dari MACD, pemecahan pada tahap rintangan 109.75 atau tahap sokongan 109.25 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 109.75, 110.00
Tahap sokongan: 109.25, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6930. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6545. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6545, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3475. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3475.
Tahap rintangan: 1.3520, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3475, 1.3415

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.0080. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.0050.
Tahap rintangan: 1.0080, 1.0125
Tahap sokongan: 1.0050, 1.0005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 59.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 58.05.
Tahap rintangan: 59.10, 60.10
Tahap sokongan: 58.05, 56.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1279.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1287.50.
Tahap rintangan: 1287.50, 1294.15
Tahap sokongan: 1279.05, 1272.80