4 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
AUD meningkat walaupun kadar diturunkan.
Dolar Australia telah menerima permintaan yang lebih tinggi pada hari ini walaupun Bank Pusat Australia (RBA) memotong kadar faedah mereka. Seperti yang dijangkakan oleh pasaran, RBA telah memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 1.50% ke 1.25% semasa mesyuarat polisinya. RBA juga menegaskan bahawa risiko yang menyelubungi ekonomi mereka makin meningkat susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Namun, para pelabur masih memberikan sentimen yang bullish terhadap dolar Australia selepas RBA mengelak dari memberikan isyarat pesimistik di dalam kenyataannya sambil memberikan ramalan yang optimis mengenai kadar inflasi untuk jangka pertengahan. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.05% ke 0.6979. Sementara itu, pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.14% ke 107.91 semasa pertengahan sesi Asia. Para pedagang di dalam pasaran mula untuk menjual dolar AS susulan dengan jangkaan yang lebih tinggi terhadap Bank Pusat AS dalam memotong kadar faedah bagi tempoh masa yang terdekat. Pada semalam, kadar bon 10 tahun telah mencecah paras yang terendah semenjak September 2017 selepas Presiden Bank Pusat St Louis James Bullard memberi isyarat bahawa pemotongan kadar faedah berkemungkinan untuk dilaksanakan susulan dengan risiko kemelesetan yang makin meningkat dari perang perdagangan dan kadar inflasi yang lemah.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.63% ke $53.12 setong. Harga minyak menerima sokongan menaik selepas Arab Saudi memberikan keyakinan mereka bahawa perjanjian pemotongan pembekalan berkemungkinan untuk dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,352.02 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:45 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (May) | 50.5 | 50.5 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 1.7% | 1.3% | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Apr) | 1.9% | -0.9% | – |
| 05:30 (5hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -5.265M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.00. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 97.00.
Tahap rintangan: 97.40, 97.60
Tahap sokongan: 97.00, 96.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2610. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2695.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.85. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 108.20.
Tahap rintangan: 108.20, 108.80
Tahap sokongan: 107.85, 107.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6960. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6995.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7025
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6600. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan pembetulan teknikalnya dan menuju ke arah 0.6570.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6550

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3450. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3415.
Tahap rintangan: 1.3450, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3415, 1.3390

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9930.
Tahap rintangan: 0.9930, 0.9965
Tahap sokongan: 0.9895, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 54.30. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 54.30.
Tahap rintangan: 54.30, 55.90
Tahap sokongan: 51.50, 50.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 1323.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1315.00.
Tahap rintangan: 1323.00, 1331.35
Tahap sokongan: 1315.00, 1308.90