06 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar susut susulan dengan data ADP yang lemah.
Indeks dolar susut berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utamanya selepas data ADP yang dibebaskan pada hari Rabu tersasar daripada ramalan. Menurut kepada data rasmi daripada Pemprosesan Data Automatik (ADP), sektor swasta AS telah menambah pekerjaan yang paling minimum sejak 2010 dengan bacaan hanya 27K , lebih rendah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 180k dalam peningkatan. Data tersebut mempunyai korelasi yang tinggi dengan laporan senarai gaji lebih menyeluruh ialah NFP pada hari Jumaat. Pasaran kini sedang menunggu data pekerjaan yang selanjutnya seperti Challenger Job yang boleh mencerminkan keadaan dalam pasaran buruh A.S. Indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.05% ke 97,25 semasa penulisan. Sementara itu, USDJPY telah melanjutkan kerugian sebanyak 0.11% ke 108.35 pada masa penulisan berikutan dengan i sentimen pasaran telah bertukar masam selepas Amerika Syarikat dan Mexico tidak dapat mencapai kata sepakat. Menurut kepada laporan baru-baru ini, pegawai-pegawai Mexico telah bertemu dengan rakan perunding di AS yang bertujuan untuk mengelakkan tarif AS pada barangan Mexico minggu depan. Namun, kedua-dua negara tersebut gagal untuk mencapai sebarang perjanjian. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan bahawa kemajuan dalam rundingan tersebut “tidak mencukupi” untuk mengelakkan tarif. Trump juga menyatakan bahawa duti import sebanyak 5% akan berkuat kuasa pada Isnin kecuali Mexico dapat menghentikan aliran pendatang tanpa izin ke dalam Amerika Syarikat. Ketegangan yang semakin meningkat telah mengurangkan keyakinan pelabur, justerunya meningkatkan permintaan bagi Yen.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal melanjutkan penurunannya dan menjunam sebanyak 0.10% ke $ 51,70 setong berikut dengan peningkatan yang ketara pada stok simpanan minyak mentah AS. Menurut kepada EIA, inventori minyak mentah telah meningkat sekali lagi dengan bacaan sebanyak 6.77 juta, tersasar daripada anggaran ekonomis dengan bacaan sebanyak 0.85 juta tong. Sebaliknya, harga emas telah melonjak pada hari keenam berturut-turut dan meningkat sebanyak 0.13% ke $1328.69 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam pertaruhan pemotongan kadar faedah oleh Fed dan juga ketidakpastian dalam pasaran global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17.00 GBP BoE Gov Carney Speaks
19.45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20.30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17.00 | EUR – GDP | 1.2% | 1.2% | – |
| 19.45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 19.45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun) | 0.00% | 0.00% | – |
| 22.00 | CAD – Ivey PMI (May) | 55.9 | 56.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 96.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 97.40.
Tahap rintangan: 97.40, 97.60
Tahap sokongan: 96.95, 96.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2695. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2695, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1245. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1210.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1170

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 108.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.40, 108.80
Tahap sokongan: 107.85, 107.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6960. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7025
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6635. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6635, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3415. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3450.
Tahap rintangan: 1.3450, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3415, 1.3390

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9925. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya 0.9965.
Tahap rintangan: 0.9965, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9925, 0.9895

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 51.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 52.80.
Tahap rintangan: 52.80, 54.30
Tahap sokongan: 51.50, 50.25

GOLD_, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1331.35. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1322.30.
Tahap rintangan: 1331.35, 1340.75
Tahap sokongan: 1322.30, 1315.00