83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menurun susulan data pekerjaan yang lemah.

Indeks dolar telah menyusut berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama selepas keluaran data pekerjaan pada hari Khamis mengecewakan selanjutnya. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja AS, jumlah tuntutan untuk insurans pengangguran pada Mei telah melonjak sebanyak 218K, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis dengan bacaan sebanyak 215K. Di samping itu, data Challenger Job Cuts telah menunjukkan bahawa pemberhentian pekerjaan korporat telah meningkat sebanyak 85.9%, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya dengan bacaan sebanyak 10.9%. Data ini mencerminkan keadaan buruh yang semakin lemah di Amerika Syarikat dan juga akan menambah lebih banyak pertaruhan terhadap pemotongan kadar faedah dari Federal Reserve. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada data Non-Farm Payroll (NFP) malam ini untuk mengesahkan keadaan pasaran buruh dan menentukan hala tuju dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% kepada 96.92 semasa penulisan. Sementara itu, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.03% ke 1.1271 semasa penulisan berikutan dengan nada dovish dari Bank Pusat Eropah yang menangguhkan perubahan kadar ke pertengahan 2020. Menurut kepada kenyataan rasmi, Presiden ECB Mario Draghi telah mengumumkan bahawa tiga kadar utama akan kekal tidak berubah seperti yang dijangkakan untuk sehingga sekurang-kurangnya separuh tahun pertama 2020 dan ia juga melanjutkan tempoh bimbingan yang “sabar” dari “akhir tahun 2019”.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.09% ke $ 53.08 setong semasa penulisan berikutan dengan laporan dalam ketangguhan tarif di Mexico. Menurut kepada  laporan dari Bloomberg News, Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan pelan untuk menangguhkan tarif di Mexico semasa perbincangan sedang diteruskan. Oleh kerana Mexico adalah salah satu pembeli utama tenaga A.S, laporan tersebut telah mengembalikan keyakinan para pelabur. Pada masa yang sama, Presiden Russia Vladimir Putin telah menyatakan bahawa Rusia mempunyai perbezaan dengan OPEC atas apa yang menjadi harga yang adil untuk minyak, tetapi Moscow akan mengambil keputusan bersama mengenai output pada mesyuarat dasar dalam beberapa minggu yang akan datang. Akhir sekali, harga emas telah jatuh sebanyak 0.15% ke $ 1333.37 pada masa penulisan berikutan dengan pasaran mengambil keuntungan pada komoditi walaupun dengan risiko tinggi yang masih meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – Nonfarm Payroll 263K 185K
20.30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May) 0.2% 0.3%
20.30 USD – Unemployment Rate (May) 7.3%
20.30 CAD – Employment Change (May) 106.5K 8.0K
20.30 CAD – Unemployment Rate (May) 5.7% 5.7%
01.00 (8hb)                 CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count 800

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 96.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.95, 97.40

Tahap sokongan: 96.70, 96.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2695. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2610

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih redanh berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1280. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 108.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.80, 109.20

Tahap sokongan: 108.40, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6995. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6960.

 

Tahap rintangan: 0.6995, 0.7025

Tahap sokongan: 0.6960, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6640. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjukan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6600.

 

Tahap rintangan: 0.6640, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3390. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3345, 1.3310

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9885. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya 0.9925.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9965

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 52.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 54.30.

 

Tahap rintangan: 54.30, 55.90

Tahap sokongan: 52.80, 51.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemgunduran dari tahap rintangan 1340.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1331.35.

 

Tahap rintangan: 1340.75, 1353.65

Tahap sokongan: 1331.35, 1322.30