19 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro kekal rata berikutan dengan kenyataan dovish ECB.
Euro telah didagang secara rata selepas Bank Pusat Eropah (ECB) menyampaikan pendirian yang dovish mengenai prospek ekonominya. Pada malam semalam, Presiden ECB Mario Draghi telah menyatakan bahawa mereka berkemungkinan besar untuk melanjutkan kelonggaran dasar kewangan dengan pemotongan kadar atau pembelian aset yang selanjutnya sekira kadar inflasi masih berlegar di bawah jangkaan ECB. Untuk setakat ini, kadar inflasi bagi Zon Eropah berada di paras 1.2% sementara ECB meneruskan perangsangan ekonomi semasa prospek pertumbuhan ekonomi ditekan oleh ketidakpastian isu Brexit dan juga ketegangan perdagangan AS-China. Tambahan pula, data German ZEW Economic Sentiment telah memberi bacaan sebanyak -21.1, jauh rendah daripada ramalan ekonomis sebanyak -5.7 serta mengisyaratkan bahawa para pelabur kini adalah lebih pesimis terhadap ekonomi EU semasa ketegangan geopolitik masih menghantui pasaran Eropah. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% sementara pasangan EUR/USD menyusut sebanyak 0.02% ke 1.1190.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.07% ke $54.00 setong semasa sesi dagangan Asia. Menurut kepada laporan, sebuah syarikat minyak di Basra, Iraq telah diserang oleh roket dan telah mencedera dua pekerja Iraq. Serangan tersebut belum dikenal pasti tetapi telah mencetuskan ketidakpastian terhadap pembekalan minyak. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1346.00 se troy auns berikutan dengan peningkatan selera risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 EUR ECB President Draghi Speaks
02:00 (20hb) USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (May) | 2.1% | 2.0% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (May) | 0.0% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.206M | -1.077M | – |
| 02:00
(20hb) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-60 (merah). MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.60.
Tahap rintangan: 97.60, 97.95
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2555. MACD yang memaparkan penyusutan dalam momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2690
Tahap sokongan: 1.2555, 1.2490

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1180. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305
Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam segi tiga menyempit sementara menguji pada paras bawah segi tiga tersebut. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras bawah segi tiga tersebut.
Tahap rintangan: 108.45, 109.15
Tahap sokongan: 107.85, 107.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.6900 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6900, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6825

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6540. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA-20 (hijau).
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6470

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3370. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490
Tahap sokongan: 1.3370, 1.3305

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan pada tahap rintangan sebelumnya di 0.9985. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1.0025 atau tahap sokongan 0.9985 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9985, 0.9940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 54.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 54.50, 55.85
Tahap sokongan: 52.65, 50.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1355.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1341.15.
Tahap rintangan: 1355.00, 1370.00
Tahap sokongan: 1341.15, 1321.15