20 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar susut sementara pemotongan kadar menjelang.
Dolar AS telah menjunam ke paras rendah dua minggu selepas Bank Pusat AS (Fed)mengambil pendekatan yang dovish pada mesyuarat polisinya. Seperti yang dijangkakan, Fed telah menamatkan mesyuaratnya dengan mengekalkan kadar faedah di paras yang sama diantara 2.25% – 2.50%. Menurut kepada kenyataan yang dilepaskan, Fed menegaskan bahawa risiko yang menyelubungi AS makin meningkat apabila merujuk kepada ramalan ekonomi semasa. Selain itu, Fed juga menyatakan untuk “mengambil langkah yang sepatutnya” bagi menyokong perkembangan ekonomi, keadaan pasaran pekerjaan dan mengekalkan kadar inflasi berhampiran dengan sasaran yang ditetapkan. Namun, Fed telah memadam kenyataan untuk “menunggu sambil memantau keadaan” apabila merujuk kepada polisi kewangan. Ini telah meningkatkan spekulasi bahawa Fed akan memotong kadar faedah seawal-awalnya pada bulan Julai depan. Semasa sidang media, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bukit yang kukuh mengenai kapasiti maksimum pasaran pekerjaan yang boleh mendorong kepada pemotong kadar faedah buat setakat ini. Namun, Powell menegaskan bahawa penyusutan pada kadar inflasi akan meningkatkan kemungkinan pemotongan sementara berita mengenai perdagangan akan menjadi tumpuan utama bagi bank pusat tersebut. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan mereka ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari AS bagi meramal tempoh dan kebarangkalian pemotongan kadar faedah yang seterusnya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.20% ke $54.27 setong. Harga minyak menerima sokongan selepas Energy Information Administration (EIA) mencatat penurunan pada stok minyak mentah bagi minggu lepas sebanyak -3.11 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan iaitu -1.08 juta tong. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,359.71 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Press Conference
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
04:00 (21hb) GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| Tentatif | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (May) | 0.0% | -0.5% | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Jun) | 0.75% | 0.75% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 222K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) | 16.6 | 10.6 | – |
| 20:30 | USD – Philly Fed Employment (Jun) | 18.2 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan tersebut.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.35, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2745.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1275
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1150

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 108.20. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 107.95.
Tahap rintangan: 108.20, 108.50
Tahap sokongan: 107.95, 107.70

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6880. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6900, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6555. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6555.
Tahap rintangan: 0.6555, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6485, 0.6450

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.3280. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.9945. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9945, 0.9975
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9890


CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 54.45. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 57.30.
Tahap rintangan: 57.30, 60.85
Tahap sokongan: 54.45, 53.00
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1340.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah 1374.10.
Tahap rintangan: 1374.10, 1390.00
Tahap sokongan: 1340.00, 1308.00