83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menokok berikutan dengan pengurangan jangkaan pemotongan kadar.

Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan enam pasangan mata wang utama walaupun dengan data pekerjaan yang lebih suram. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, kekosongan jawatan di AS telah menyusut ke 7.323M, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 7.470M. Namun, pasaran dolar masih disokong oleh jangkaan pemotongan kadar yang lebih rendah di mana jangkaan pemotongan sebanyak 50 mata asas telah menyusut ke paras 5% dari 25% pada minggu lepas semasa para pelabur berasa bahawa Bank Pusat AS (Fed) tidak akan memotong kadar faedahnya semasa mesyuarat pada bulan September. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari ini di mana ucapan yang bernada neutral atau hawkish akan memberi pengesahan pemotongan kadar yang terhad. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.06% ke 97.09 semasa penulisan. Di samping itu, pasangan USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.04% ke 1.3129 semasa penulisan menjelang keputusan kadar boleh Bank Pusat Kanada (BoC). Pasaran kini akan menunggu pembebasan kenyataan kadar pada hari ini di mana para pelabur menjangkakan BoC untuk mengekalkan kadar mereka pada paras 1.75%. Gabenor BoC Poloz juga dijangka untuk mengekalkan pendirian yang dovish seperti bank pusat yang lain.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih kekukuhannya dan meningkat sebanyak 0.60% ke $58.60 setong semasa penulisan berikutan dengan penurunan dalam paras inventori minyak. Menurut kepada data daripada American Petroluem Institute (API), inventori minyak telah menurun sebanyak 8.1 juta tong, melebihi jangkaan ekonomis untuk menurun sebanyak 3.1 juta sahaja. Inventori minyak telah menurut sebanyak empat minggu berturut-turut serta mengurangkan kebimbangan kelebihan bekalan minyak di dalam pasaran. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu isyarat yang lebih lanjut daripada pihak Energy Information Administration (EIA) untuk memantau penggerakan minyak. Sebaliknya, harga emas telah menjunam sebanyak 0.33% ke $1393.24 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kekukuhan dolar yang menyebabkan para pelabur untuk menjual emas dan memasuki ke dalam pasaran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

22.00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

22.00                     CAD                                        BoC Monetary Policy Report

22.00                     CAD                                        BoC Rate Statement

22.15                     CAD                                        BoC Press Conference

02:00 (11hb)        USD                                        FOMC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – GDP (MoM) -0.4% 0.3%
16.30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (May) -3.9% 2.2%
22.00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.085M -3.081M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.60.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.20
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2490. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2425.

 

Tahap rintangan: 1.2490, 1.2555
Tahap sokongan: 1.2425, 1.2365

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1240. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melantun kembali ke arah tahap rintangan 1.1240 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

 

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 108.70. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur kembali ke arah tahap sokongan 108.70 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.15, 109.70
Tahap sokongan: 108.70, 108.20

 

 

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6930. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6900.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6860

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6635. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6635, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3160.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3110, 1.3050

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9940. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 0.9905.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 57.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 60.20.

 

Tahap rintangan: 60.20, 61.80
Tahap sokongan: 57.95, 56.00

 

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1386.35 selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1405.00, 1421.40
Tahap sokongan: 1386.35. 1370.00