7 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar mengukuh sementara menunggu data selanjutnya.
Dolar AS telah memangkas kerugiannya pada semalam selepas China mengehadkan kelemahan Yuan sambil menegaskan kepada para pelabur bahawa mereka tidak akan menggunakan mata wang sebagai instrumen utama di dalam ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Dolar AS telah melanjutkan lantunannya dari paras rendah susulan dengan penyusutan permintaan bagi aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc selepas People’s Bank of China (PBOC) mengehadkan kadar Yuan di paras yang lebih tinggi daripada jangkaan. Tindakan tersebut telah diambil selepas Yuan menjunam melepasi 7RMB se dolar yang digelar oleh Washington sebagai negara yang “memanipulasi mata wang”. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad susulan dengan data pekerjaan yang lebih lemah daripada jangkaan pada semalam. Menurut kepada JOLTs, kadar pembukaan pekerjaan telah memberi bacaan hanya 7.348 juta, lebih rendah daripada ramalan ekonomis iaitu 7.450 juta. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas data ekonomi yang lebih lanjut bagi menilai sentimen terhadap pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS. Sementara itu, pound sterling masih menerima tekanan bearish berikutan dengan kekhuatiran pasaran terhadap UK yang berkemungkinan untuk meninggalkan kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian perdagangan pada 31hb Oktober 2019. Diplomat senior dari EU dan UK telah meninggalkan rundingan di Brussels dengan agenda bahawa “Brexit tanpa perjanjian” adalah senario utama selepas EU menolak cadangan untuk merunding semula perjanjian Brexit. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.06% ke 97.33 sementara GBP/USD susut sebanyak 0.01% ke 1.2164.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.17% ke $53.31 setong. Niaga hadapan minyak menerima penjualan ketara berlatarbelakangkan ketegangan diantara AS-China yang mampu melemahkan pertumbuhan ekonomi global serta permintaannya terhadap komoditi ini kelak. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.9% ke $1,473.19 se troy auns berikutan dengan lantunan pada dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
10:00 NZD RBNZ Rate Statement
11:00 NZD RBNZ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 10:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 1.50% | 1.25% | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jul) | 52.4 | 53.0 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -8.496M | -2.845M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 96.95.
Tahap rintangan: 97.80, 99.00
Tahap sokongan: 96.95, 96.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2190.
Tahap rintangan: 1.2190, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2135, 1.2090

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1220.
Tahap rintangan: 1.1220, 1.1265
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1115

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 104.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 105.60.
Tahap rintangan: 106.50, 107.25
Tahap sokongan: 105.60, 104.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 0.6760. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6675

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 0.6520. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6655
Tahap sokongan: 0.6520, 0.6480

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas saluran. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di paras atasnya.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 0.9745. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.9745.
Tahap rintangan: 0.9820, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9745, 0.9700

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan 53.75. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun dan menuju ke arah 52.70.
Tahap rintangan: 53.75, 55.00
Tahap sokongan: 52.70, 50.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1471.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1483.50.
Tahap rintangan: 1483.50, 1500.00
Tahap sokongan: 1471.50, 1456.50