09 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar kekal ditekan susulan dengan ketegangan Huawei yang diperbaharui.
Indeks dolar berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh selepas A.S merancang untuk menangguhkan keputusan mengenai syarikat A.S. untuk menjalankan perniagaan dengan Huawei Technologies dari China. Menurut kepada laporan dari Bloomberg, syarikat gergasi telekomunikasi, Huawei telah dituduh mengintip dan mencuri harta intelek. Menurut laporan baru-baru ini, pentadbiran AS telah mengeluarkan penerbitan awal dalam peraturan yang akan mengharamkan semua kontrak baru atau pembelian peralatan dari Huawei, ZTE dan beberapa syarikat China lain yang akan mula berkuat kuasa mulai 13 Ogos 2019. Selain itu , undang-undang juga menetapkan tarikh akhir pada 2020 untuk larangan kontraktor persekutuan yang lebih luas dalam menjalankan perniagaan dengan Huawei atau firma yang dilindungi. Berita tersebut telah mencetuskan risiko perdagangan, meningkatkan aset selamat seperti Yen dan juga menyeret sentimen dolar dengan lebih rendah. Memandangkan kekurangan data ekonomi dari A.S, para pelabur kini beralih kepada data PPI yang akan datang dan perkembangan selanjutnya antara A,S. dan China untuk menentukan sentimen selanjutnya untuk dolar. Indeks dolar menyusut sebanyak 0.06% kepada 97.30 manakala USD/JPY juga jatuh sebanyak 0.05% kepada 105.95 semasa penulisan.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.53% ke $52.59 setong semasa penulisan. Pasaran masih ditekan oleh ketakutan dalam ketegangan perdagangan antara U.S dan China yang boleh mengakibatkan kelembapan ekonomi global dan permintaan yang semakin menyusut bagi komoditi itu. Walau bagaimanapun, kerugian tersebut telah dihadkan oleh laporan terkini yang menyatakan bahawa pengeksport minyak terbesar di dunia, Arab Saudi telah memanggil pengeluar lain untuk membincangkan tentang penyusutan dalam harga minyak mentah baru-baru ini. Seterusnya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.19% kepada $1504.11 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan ketegangan A.S yang mengurangkan selera risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | 0.5% | 0.0% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) | 1.4% | -0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jul) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jul) | -2.2K | 12.5K | – |
| 01:00
(10th) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 770 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA 20 (merah). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 97.10.
Tahap rintangan: 97.50, 98.00
Tahap sokongan: 97.10, 96.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada paras bawah saluran. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2090.
Tahap rintangan: 1.2155, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2090, 1.1990

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1240.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1155

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 106.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 106.05.
Tahap rintangan: 106.05, 107.75
Tahap sokongan: 105.60, 105.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA 50 (biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6490. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6395

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya dan garisan trend naik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3095

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9705.
Tahap rintangan: 0.9755, 0.9790
Tahap sokongan: 0.9705, 0.9645

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA 50 (biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 51.15.
Tahap rintangan: 53.10, 54.65
Tahap sokongan: 51.15, 50.25

GOLD_, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1495.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1515.0.
Tahap rintangan: 1515.00, 1530.00
Tahap sokongan: 1495.00, 1477.90