13 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Yen meningkat susulan penghindaran risiko.
Yen Jepun masih menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX berikutan dengan penghindaran risiko di seluruh dunia. Mata wang tersebut menerima sokongan bullish selepas lapangan terbang antarabangsa Hong Kong ditutup berikutan dengan mogok yang makin berterusan. Selain itu, keputusan pilihanraya yang mengejut di Argentina juga telah mendorong kepada penjualan mata wang peso, saham dan bon. Ini telah meningkatkan permintaan pasaran terhadap aset selamat. Sementara itu, Yen Jepun menerima sokongan menaik yang ketara selepas bon perbendaharaan AS bagi 10 tahun mengalami kerugian sebanyak 4% sementara indeks ekuiti utamanya menyusut sebanyak 1%. Penghindaran risiko dari pasaran AS adalah didorong oleh perang perdagangan diantara AS-China yang makin berterusan dan berkemungkinan untuk berlanjutan bagi tempoh masa yang panjang. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.02% ke 105.33 sambil berlegar berhampiran dengan paras rendah 7 bulan. Selain itu, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 0.6758. Dolar Australia menerima momentum menaik selepas NAB Business Confidence bagi bulan Julai memberi bacaan sebanyak 4, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 3. Data tersebut mencadangkan bahawa sektor bisnes telah memulih sedikit selepas ia kehilangan momentumnya semenjak awal tahun 2018.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.09% ke $54.70 setong. Niaga hadapan minyak mengalami penjualan susulan dengan jangkaan yang lebih tinggi terhadap penurunan permintaan bagi komoditi tersebut pada masa depan berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.41% ke $1,517.38 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German CPI (Mom) (Jul) | 0.5% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) | 3.4% | 3.7% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Jul) | 38.0K | 32.0K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug) | -24.5 | -27.8 | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.3% | 0.2% | – |
| 04:30
(14hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.400M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 97.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 97.50.
Tahap rintangan: 97.50, 97.90
Tahap sokongan: 97.15, 96.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2100. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2015.
Tahap rintangan: 1.2100, 1.2175
Tahap sokongan: 1.2015, 1.1955

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1170. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1100

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 105.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 106.30, 106.90
Tahap sokongan: 104.70,104.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6755. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6825.
Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6755, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6430. Namun, oleh kekurangan isyarat dan arah yang jelas dari MACD, ia telah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6505, 0.6585
Tahap sokongan: 0.6430, 0.6375

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3290.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9755.
Tahap rintangan: 0.9755, 0.9800
Tahap sokongan: 0.9705, 0.9635

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 53.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 53.05.
Tahap rintangan: 55.55, 57.45
Tahap sokongan: 53.05, 50.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1515.55. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1515.55, 1535.00
Tahap sokongan: 1495.60, 1475.50