83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat didorong oleh data CPI yang positif.

Dolar AS telah menerima sokongan menaik yang ketara berikutan dengan pembebasan data Core CPI AS yang mencecah jangkaan ekonomis. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, Core Consumer Price Indeks (CPI) telah memberi bacaan sebanyak 0.3%, melebihi jangkaannya sebanyak 0.2% serta mengurangkan jangkaan pemotongan kadar selanjutnya oleh Bank Pusat AS (Fed) bagi tahun ini. Komen terkini daripada Fed telah menunjukkan sikap keterbukaan mereka untuk melanjutkan pemotongan kadar berdasarkan dengan data ekonomi yang akan datang bagi menentukan keputusan mereka. Dengan kadar inflasi kukuh seperti yang ditunjukkan dalam data CPI, jangkaan para pelabur terhadap pemotongan kadar secara agresif telah dikurangkan sementara mereka menjual aset selamat mereka dan memasuki ke dalam pasaran dolar. Dalam berita lain, pound sterling telah menerima sokongan bullish yang didorong oleh data pekerjaan yang positif dari UK. Menurut kepada Office for National Statistics, data Claimant Count Change telah memberi bacaan sebanyak 28K, lebih kurang daripada jangkaan ekonomis sebanyak 32K serta menunjukkan pasaran pekerjaan yang lebih kukuh. Pembebasan data tersebut telah meningkatkan sentimen dari rantau tersebut oleh kerana bilangan pekerja yang lebih ramai akan mendorong kepada peningkatan perbelanjaan pengguna dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Namun, mata wang pound masih ditekan oleh kekukuhan dolar dan juga isu Brexit yang mengurangkan keyakinan para pelabur terhadapnya. Indeks dolar telah berundur sebanyak 0.06% ke 97.53 sementara pasangan GBP/USD menyusut sebanyak 0.03% ke 1.2053.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.14% ke $56.60 setong selepas ia melonjak lebih daripada 4% pada malam semalam di tengah-tengah perkembangan perundingan perdagangan. Wakil perdagangan AS telah mengumumkan penangguhan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas barangan China berikutan dengan panggilan telefon diantara Naib Presiden Liu He dengan pegawai perdagangan AS. Penangguhan tarif tersebut telah menambah baik sentimen bagi pasaran minyak serta meningkatkan kemungkinannya pencapaian damai dalam perang perdagangan. Selain itu, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.35% ke $1496.05 se troy auns selepas ia menjunam lebih daripada $40 pada malam semalam akibat daripada data inflasi yang positif dari AS dan juga perkembangan dalam perundingan perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara
N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 0.4% -0.1%
16:30 GBP – CPI (YoY) (Jul) 2.0% 1.9%
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q2) 0.2% 0.2%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 2.385M -2.775M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 97.50. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

 

 


GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2090. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1990.

 

Tahap rintangan: 1.2090, 1.2155
Tahap sokongan: 1.1990, 1.1880

 

 


 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1155, 1.1115

 

 


 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 106.75. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 106.65.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.40
Tahap sokongan: 106.05, 105.60

 

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6760.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-20 (merah). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-20 tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6395

 

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3220. MACD yang menunjukkan isyarat bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3185.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3140

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-50 (biru). MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-50 tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9790, 0.9840
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9705

 

 


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan 56.80. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.90.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

 

 

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan berdekatan 1490.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1507.10.

 

Tahap rintangan: 1507.10, 1532.05
Tahap sokongan: 1490.00, 1480.00