10 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berayun berikutan dengan ketegangan perdagangan global terbaru.
Dolar AS telah menyusut berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan kebimbangan pelabur yang meningkat akibat dengan pertikaian perdagangan global yang baru. Menurut kepada laporan, Wakil Perdagangan AS telah mencadangkan senarai produk Kesatuan Eropah yang terdiri daripada pesawat komersial besar, barangan tenusu dan juga wain yang bernilai sebanyak $11 bilion untuk ditampar tarif sebagai tindak balas terhadap subsidi pesawat Eropah. Pada masa yang sama, International Monetary Fund (IMF) telah mengurangkan prospek pertumbuhan global dari unjuran awal sebanyak 3.5% ke hanya paras 3.3% bagi tahun 2019, pertumbuhan yang paling perlahan sejak tahun 2016. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) untuk menentukan sentimen yang lebih lanjut bagi dolar AS. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 96.58 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.18% ke 0.7132 berikutan dengan komen positif daripada Timbalan Gabenor Bank Pusat Australia (RBA) Guy Debelle. Menurut kepada beliau, petunjuk utama keadaan pasaran pekerjaan telah memaparkan bahawa ia adalah masih kukuh. Namun, beliau juga menyatakan bahawa bank pusat akan menurunkan kadar faedah mereka jika diperlukan, tetapi masih menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang baik. Oleh itu, kenyataan yang positif tersebut telah menggalakkan keyakinan pelabur terhadap Aussie serta mendorong kepada kenaikan harganya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.19% ke $64.09 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan tahap inventori minyak. Menurut kepada laporan daripada American Petroluem Institute (API), inventori minyak bagi minggu lepas telah meningkat ke paras 4.091 juta, lebih tinggi daripada terdahulunya sebanyak 2.963 juta. Namun, sentimen pasaran minyak berkekal kukuh secara keseluruhan didorong oleh pengetatan pembekalan OPEC yang berterusan dan juga sekatan terhadap Iran dan Venezuela. Para pelabur akan memberi fokus kepada data yang akan datang seperti data inventori daripada EIA untuk menentukan sentimen selanjut bagi penggerakan harga minyak. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.05% ke $1302.45 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar di tengah-tengah pertikaian global yang terkini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 EUR ECB Press Conference
02:00 (11hb) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (MoM) (Feb) | 0.5% | 0.2% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) | 0.8% | 0.2% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Deposit Facility Rate | -0.40% | – | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | 0.25% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision | 0.00% | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.1% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.238M | 2.294M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan yang kuat di 96.50. MACD yang menunjukkan momentum menurun yang berkurangan mencadangkan indeks untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.50, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata selepas ia melantun dari paras rendahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan keluar dari tahap rintangan 1.3085 atau tahap sokongan 1.3000 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2915

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1290. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1250.
Tahap rintangan: 1.1290, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1250, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 110.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah kembali ke tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.45, 112.00
Tahap sokongan: 110.95, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD berkekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7115. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7150.
Tahap rintangan: 0.7150, 0.7190
Tahap sokongan: 0.7115, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6775.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6730, 0.6685

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1.3290. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3245

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9980. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah paras atas saluran di 1.0010.
Tahap rintangan: 1.0010, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9980, 0.9950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 63.95. MACD yang memaparkan isyarat ‘negatif divergence’ dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 64.80, 66.20
Tahap sokongan: 63.95, 63.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1305.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1299.50.
Tahap rintangan: 1305.50, 1315.00
Tahap sokongan: 1299.50, 1293.00