28 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Sentimen pasaran masih suram berikutan perang perdagangan.
Dolar Australia telah didagang dengan lebih rendah selepas data pembinaan baru-baru ini memberikan bacaan yang suram. Ini telah meningkatkan kekhuatiran terhadap perkembangan ekonomi yang lembap bagi tempoh masa yang terdekat. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, Construction Work Done bagi suku kedua telah mengecut sebanyak -3.8%, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu -1.0%. Data tersebut yang digunakan untuk mengira paras GDP telah meningkatkan kemungkinan di mana bacaan bagi suku kedua berkemungkinan untuk memaparkan pertumbuhan yang lebih rendah. Selain itu, data tersebut telah mengesahkan pandangan pesimistik dari Bank Pusat Australia di mana momentum ekonomi dijangka untuk susut berikutan dengan risiko perdagangan. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD susut sebanyak 0.07% ke 0.6747. Selain itu, indeks dolar meningkat sebanyak 0.06% ke 97.92 semasa pertengahan sesi Asia. Dolar AS masih menerima permintaan yang kukuh berlatarbelakangkan data keyakinan pengguna yang optimis dari semalam. Namun, kenaikannya adalah terhad sementara para pelabur memantau perkembangan terkini mengenai rundingan perdagangan diantara AS dan China. ,
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.43% ke $55.49 setong. Sentimen terhadap komoditi tersebut masih rapuh berikutan dengan jangkaan kemelesetan ekonomi yang lebih tinggi akibat daripada perang perdagangan diantara AS dan China yang mungkin mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.54% ke $1,534.22 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
05:30 USD FOMC Member Daly Speaks
(29hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (Sep) | 9.7 | 9.6 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.700M | -2.112M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 98.00, 98.40
Tahap sokongan: 97.50, 97.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih teliti telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2345, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2255, 1.2220

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1115. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1070.
Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155
Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas garisan tersebut.
Tahap rintangan: 106.00, 106.65
Tahap sokongan: 105.60, 105.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0. 6695.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6395. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6330.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3275. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9775. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.9840.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9775, 0.9730

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 55.90, 56.80
Tahap sokongan: 54.65, 53.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1548.05. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1526.90.
Tahap rintangan: 1548.05, 1565.50
Tahap sokongan: 1526.90, 1507.10