83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dollar bersorak kepada data PPI yang positif.

Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama berikutan dengan pembebasan data PPI yang positif. Menurut kepada data terkini dari Jabatan Tenaga Kerja AS, indeks harga pengeluar untuk permintaan akhir kekal kukuh pada 0.1%, sejajar dengan ramalan pasaran. Data tersebut telah meredakan jangkaan bahawa FED akan mengurangkan kadar faedah secara agresif dalam mesyuaratnya minggu depan, justerunya ia menyokong dolar pada masa kini. Pada masa yang sama, Presiden AS Donald Trump telah mengkritik Rizab Persekutuan sekali lagi kerana tidak mengurangkan kadar faedah seperti yang dia mahu, menyatakan dalam tweet bahawa bank pusat harus mengurangkan kadarnya kepada sifar atau kurang. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.31% kepada 98.55 semasa penulisan. Sebaliknya, USD / CAD telah menokok sebanyak 0.02% kepada 1.3192 pada masa penulisan berikut dengan penjualan minyak dan ketidakpastian dalam politik. Harga minyak mentah baru-baru ini mengalami kemerosotan yang besar dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan pilihan raya umum pada 21 Oktober. Berita dan data tersebut telah menambah tekanan dan ketidakpastian untuk pasaran, menyeret Loonie yang sensitif terhadap komoditi ke bawah.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.10% kepada $ 55.83 semasa penulisan susulan dengan ramalan pertumbuhan permintaan yang lebih rendah dan spekulasi pembatalan sekatan yang semakin meningkat terhadap Iran. Menurut kepada laporan bulanan yang dikeluarkan OPEC, OPEC telah menurunkan ramalan pertumbuhan permintaan minyak dunia sebanyak 60,000 tong sehari untuk 2020, bacaan yang paling lemah dalam hampir satu dekad. Selain itu, peniaga minyak mula meningkatkan jangkaan mereka terhadap Iran dan Washington yang dapat mencapai perjanjian dan potensi pembatalan sekatan dalam Iran selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan pada hari Rabu bahawa beliau percaya bahawa Iran mahu membuat perjanjian. Seterusnya, harga emas jatuh sebanyak 0.22% kepada $ 1493.57 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan dolar yang kukuh di tengah-tengah data yang positif.


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     CrudeOIL              OPEC Meeting

19.45                     EUR                       ECB Monetary Policy Statement

20.30                     EUR                       ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
19.45 EUR – Deposit Facility Rate (Sep) -0.50% -0.40%
19.45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Sep) 0.00% 0.00%
20.30 USD – Core CPI (MoM) (Aug) 0.2% 0.3%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 98.65. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.65, 99.00

Tahap sokongan: 98.40, 98.05

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 1.2325. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia ditutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2515

Tahap sokongan: 1.2325, 1.2260

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1150

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0930

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 108.70.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.60

Tahap sokongan: 107.85, 107.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 0.6865. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6960.

 

Tahap rintangan: 0.6960, 0.7040

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6800

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6410. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6440, 0.6470

Tahap sokongan: 0.6410, 0.6395

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.3190. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan nini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3190, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3090

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 0.9925. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 55.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 57.30.

 

Tahap rintangan: 57.30, 58.70

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1494.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1494.50, 1509.00

Tahap sokongan: 1483.50, 1471.50