83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Sterling menjunam selepas undian perjanjian ditolak.

Pound sterling telah dibuka dengan lebih rendah pada sesi Asia susulan dengan penyusutan optimisme terhadap perkembangan Brexit. Pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.53% ke 1.2902 semasa penulisan. Sterling telah menerima tekanan menurun yang ketara selepas sesi undian Parlimen UK terhadap perjanjian Brexit gagal dilaksanakan susulan dengan penguatkuasaan Pindaan Letwin. Pindaan tersebut telah diluluskan dengan undian sebanyak 322 berbanding 306 di mana Parlimen akan mengantungkan proses undian perjanjian tersebut dan memaksa PM UK Boris Johnson untuk merayu penangguhan tarikh akhir Brexit dengan EU sekiranya ia gagal untuk diluluskan. Namun, para penganalisis berpendapat bahawa EU berkemungkinan menangguhkan tarikh akhir Brexit pada 31hb Oktober dengan tempoh maksimum selama 3 bulan sahaja. Para pelabur kini akan memberi tumpuan ke atas sesi rundingan Parlimen UK ke atas perjanjian tersebut di dalam minggu ini yang bakal memberi fokus kepada syarat sempadan Ireland. Sementara itu, dolar AS telah melantun dari paras rendahnya susulan dengan penurunan pound sterling dan euro. Namun, ia gagal untuk membuat sebarang pemulihan yang ketara selepas beberapa data ekonomi baru-baru ini memacu spekulasi terhadap Fed yang bakal memotong kadar faedah bagi menyokong momentum ekonomi AS. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 97.12.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.22% ke $53.61 setong. Harga minyak masih menerima tekanan bearish selepas penyusutan pertumbuhan ekonomi global memberikan pandangan bearish terhadap permintaan minyak mentah bagi masa depan. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,490.98 se troy auns akibat daripada peningkatan risiko Brexit di UK dan EU.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Sep) -0.5% -0.1%

 


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 97.15. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 96.70.

 

Tahap rintangan: 97.15, 97.60

Tahap sokongan: 96.70, 96.10

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1205

Tahap sokongan: 1.1145, 1.1085

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 108.75. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 108.10.

 

Tahap rintangan: 108.45, 108.75

Tahap sokongan: 108.10, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6865, 0.6885

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6800

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6410, 0.6425

Tahap sokongan: 0.6365, 0.6340

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3190

Tahap sokongan: 1.3090, 1.3025

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9865, 0.9925

Tahap sokongan: 0.9820, 0.9775

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 54.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 54.45, 55.55

Tahap sokongan: 53.00, 51.60

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00

Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00