11 Disember 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar menyusut susulan harapan yang berkurangan dalam penangguhan tarif.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal menyusut semasa lewat sesi Asia susulan dengan pasaran masih meragui sama ada A.S akan menangguhkan tarif terhadap import China. Sebelum ini, laporan dari Wall Street Journal menunjukkan bahawa US sedang memikir untuk menangguhkan pelan tarif ke atas China. Namun, penasihat ekonomi Rumah Putih Larry Kudlow telah mengatasi berita positif tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak dapat mengesahkan penangguhan tarif tersebut. Tanpa sebarang perjanjian atau penangguhan sebelum 15 Disember , A.S tegas untuk mengenakan tarif selanjutnya ke atas $ 156 bilion barangan Cina termasuk telefon bimbit, komputer riba, tablet dan banyak lagi. Oleh itu, ketidakpastian yang berterusan dalam perkembangan kekal menekan sentimen dolar sementara pasaran menunggu pengesahan selanjutnya dari A.S. Pada masa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.02% kepada 97.40 semasa penulisan.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.34% kepada $58.88 setong pada masa penulisan berikutan dengan tekanan yang berterusan daripada inventori dan ketegangan antara U.S dan China. Susulan dengan pembebasan data baru-baru ini dari API yang menunjukkan peningkatan dalam inventori, pelabur kini menunggu pengesahan selanjutnya dari EIA di mana mereka juga menjangkakan keputusan yang sama bagi komoditi ini. Selain itu, ketegangan perdagangan antara A.S.-China juga menjejaskan prospek permintaan bagi komoditi ini. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% ke $1463.70 se troy auns pada masa penulisan berikut dengan pasaran kekal berhati-hati menjelang FOMC.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03.00 USD FOMC Statement
(12hb Dis)
03.00 USD FOMC Press Conference
(12hb Dis)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.2% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – CPI (MoM) (Nov) | 0.4% | 0.2% | – |
| 21:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -4.856M | – | – |
| 03.00 (12hb Dis) | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 97.70, 98.20
Tahap sokongan: 97.25, 96.85

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3170. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengudurannya ke arah tahap sokongan di 1.3035.
Tahap rintangan: 1.3170, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3035, 1.2970

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 109.00, 109.40
Tahap sokongan: 108.40, 107.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 0.6815. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6770.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6855
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6750

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokonga sebelumnya di 0.6535. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6490.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6460

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3265. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3265, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3145

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9845.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9845, 0.9810

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan penguduran yang berlaku pada paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 58.60.
Tahap rintangan: 59.70, 60.80
Tahap sokongan: 58.60, 57.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1464.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1458.55.
Tahap rintangan: 1464.05, 1471.65
Tahap sokongan: 1458.55, 1448.95