83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Disember 2019                             Analisis Sesi Pagi

 

 

Kadar faedah tidak berubah sementara ketidakpastian masih kekal.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menurun ke paras terendah dalam tempoh satu bulan selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah sementara menegaskan bahawa ekonomi AS masih sangat lemah. Oleh kerana kadar inflasi yang berterusan rendah, ahli lembaga Fed bersetuju bahawa tidak ada pelarasan yang perlu dibuat pada masa kini, sambil mengatakan dasar monetari semasa telah mencukupi untuk menyokong ekonomi dari risiko kelembapan ekonomi. Selain itu, pengerusi Fed Jerome Powell juga mengulangi bahawa inflasi AS semakin teruk ketika dibandingkan dengan tahun lepas, ia menjadi satu cabaran yang sukar bagi AS untuk mencapai sasaran inflasi 2%, oleh itu kenaikan kadar adalah mustahil untuk mereka pada masa ini kecuali jika mereka dapat lihat kenaikan inflasi yang berterusan dan ketara. Selain itu, Jerome Powell juga berkata dalam sidang akhbar bahawa jika perjanjian USMCA dapat dikuatkuasakan dengan baik, sesetengah ketidakpastian mengenai pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dipercayai akan dapat dihapuskan. Walau bagaimanapun, pertikaian perdagangan antara AS dan China masih kekal sebagai faktor utama yang menghantui prospek ekonomi AS. Oleh itu, Rizab Persekutuan kini akan terus memperhatikan perkembangan rundingan perdagangan dan fokus pada lebih banyak data ekonomi untuk menentukan dasar monetari yang paling sesuai untuk pertumbuhan ekonomi AS. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar menurun 0.29% ke $ 97.05.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.12% ke $58.90 setong selepas mencatat kejatuhan lebih daripada $10 pada hari semalam susulan dengan data dari EIA menunjukkan peningkatan tahap inventori minyak mentah. Menurut EIA, data inventori minyak mentah AS dibebaskan pada 0.822M, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi -2.763M. Sebaliknya, harga emas menaik 0.02% ke $1474.65 oleh kerana penyataan dovish daripada Federal Reserve mengenai prospek pertumbuhan ekonomi AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                                Acara

16:30                     CHF                                         SNB Monetary Policy Assessment

17:00                     CHF                                         SNB Press Conference

Tentative              GBP                                        U.K. General Election

20:45                     EUR                                        ECB Monetary Policy Statement

21:30                     EUR                                        ECB Press Conference

01:30                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

(13th Dis)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 CHF- SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
20:45 EUR – Deposit Facility Rate (Dec) -0.50% -0.50%
20:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec) 0.00 0.00
21:30 USD – Initial Jobless Claims 203K 213K
21:30 USD – PPI (MoM) (Nov) 0.4% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan pada 97.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.85.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3170. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas paras rintangan 1.3170.

 

Tahap rintangan: 1.3170, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3035, 1.2970

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1170.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 108.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yng berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan di 108.45.

 

Tahap rintangan: 109.00, 109.40

Tahap sokongan: 108.45, 107.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di  0.6880. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6855.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6855, 0.6815

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6570.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6625

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6535

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebleumnya di 1.3210. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3265

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9810.

 

Tahap rintangan: 0.9845, 0.9885

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9760

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 58.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintanga di 59.70.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.80

Tahap sokongan: 58.60, 57.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang tinggi. Namun, MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1480.95, 1484.70

Tahap sokongan: 1471.65, 1464.05