16 Disember 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar Australia meningkat selepas ketegangan perdagangan susut.
Dolar Australia berlegar berhampiran paras tinggi empat bulan berbanding dengan dolar AS susulan dengan sentimen optimis di dalam pasaran selepas AS dan China bersetuju ke atas perjanjian perdagangan fasa pertama. Ketegangan perdagangan diantara Washington dan Beijing telah susut selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkan tarif AS ke atas China sementara China bersetuju untuk membeli barangan pertanian dari AS dengan kuantiti yang lebih tinggi. Perjanjian tersebut yang telah dicapai pada saat akhir telah membatalkan pengenalan tarif tambahan ke atas $160 bilion barangan dari China sambil meningkatkan penampilan dolar Australia dan meletakkan tekanan ke atas dolar AS serta Yen Jepun. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.08% ke 0.6881. Bagi rantau lain, pasangan GBP/USD melonjak sebanyak 0.40% ke 1.3378 semasa sesi Asia. Pound sterling telah menerima sokongan bullish selepas Perdana Menteri British Boris Johnson memenangi pilihanraya umum dengan sokongan majoriti dan ia bakal menyelesaikan kebuntuan Brexit yang telah berlegar lebih daripada 3 tahun.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.10% ke $59.84 setong. Harga minyak menerima sokongan menaik selepas ketegangan diantara AS dan China makin menyusut dan ia boleh membantu meningkatkan permintaan bagi komoditi ini pada jangka masa yang panjang. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,474.82 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi bagi aset berisiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 44.1 | 44.5 | |
| 17:30 | GBP – Composite PMI | 49.3 | – | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 48.9 | – | – |
| 17:30 | GBP – Service PMI | 49.3 | – | – |
| 22:45 | US – Market Composite PMI (Dec) | 52.0 | – | |
| 22:45 | US – Manufacturing PMI | 52.6 | 52.6 | – |
| 22:45 | US – Service PMI (Dec) | 51.6 | 52.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 96.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 96.15.
Tahap rintangan: 96.80, 97.20
Tahap sokongan: 96.15, 95.80

GBPUSD, Weekly: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3390. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia ditutup di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3390, 1.3765
Tahap sokongan: 1.3130, 1.2865

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran 1.1115. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1145, 1.1180
Tahap sokongan: 1.1115, 1.1085

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia ditutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 109.70, 110.10
Tahap sokongan: 109.35, 109.00

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan 0.6885.
Tahap rintangan: 0.6885, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6845

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6620, 0.6660
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun menyempit. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3245
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3145

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9865, 0.9885
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9810

CrudeOIL, Daily: Harga minyak didagang secara tipis berdekatan dengan paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 60.45, 61.65
Tahap sokongan: 58.55, 56.65

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1477.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1477.00, 1483.60
Tahap sokongan: 1464.50, 1453.00