83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Disember 2019                             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS meningkat sebelum musim cuti.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas pound sterling dan euro menerima tekanan menurun pada hari Jumaat yang lepas. Dolar AS menerima permintaan yang tinggi sambil mengetepikan kes pemecatan Presiden AS Donald Trump selepas data terkini dari rantau tersebut memberikan isyarat yang positif. Bagi suku ketiga, Gross Domestic Product (GDP) telah meningkat di dalam jangkaan sebanyak 2.1%. Data ini telah mengesahkan bahawa ekonomi di AS adalah masih mampan walaupun terdapatnya risiko perang perdagangan bagi beberapa tempoh sebelum ini. Sementara itu, pound sterling dan euro telah melanjutkan kerugiannya selepas kedua-dua negara bersiap sedia untuk rundingan mengenai hubungan masa depan selepas Brexit. Para pelabur memberikan pandangan yang pesimistik mengenai rundingan UK dan EU selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengemukakan cadangan untuk meluluskan undang-undang yang menyekat sebarang inisiatif bagi menangguhkan tempoh transisi Brexit melebihi Disember 2020. Ini akan mengurangkan tempoh masa rundingan diantara dua pihak dan ia boleh mengakibatkan UK untuk kehilangan akses ke dalam pasaran EU serta menyebabkan pergolakan ekonomi. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.34% ke 97.22; GBP/USD susut sebanyak 0.05% ke 1.2997; EUR/USD menurun sebanyak 0.01% ke 1.1077.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.01% ke $60.44 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish selepas US Baker Hughes Oil Rig Count meningkat sebanyak 18 ke 685, peningkatan yang terbesar semenjak Januari 2019. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,478.21 se troy auns sementara para pelabur menjual pegangan ekuiti dan memasuki pasaran selamat sebelum pasaran ditutup sempena Hari Krismas dan Tahun Baru.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) 0.5% 0.1%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Oct) 0.1% 0.1%
23:00 USD – New Home Sales (Nov) 733K 735K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.20. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.20, 97.65

Tahap sokongan: 96.80, 96.20

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3325

Tahap sokongan: 1.2940, 1.2765

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1085. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1050.

 

Tahap rintangan: 1.1085, 1.1110

Tahap sokongan: 1.1050, 1.1005

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepa sia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.10

Tahap sokongan: 109.35, 109.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6955

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6865

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6660

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3170

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3025

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9885

Tahap sokongan: 0.9800, 0.9780

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 60.45, 61.65

Tahap sokongan: 58.55, 56.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1477.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1483.60, 1494.00

Tahap sokongan: 1477.00, 1464.50