83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Disember 2019                             Analisis Sesi Petang

 

Dolar kekal kukuh dikuasai oleh sentimen positif.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal meningkat pada awal minggu yang bercuti susulan dengan pasaran optimistik terhadap ekonomi U.S. Dari segi perang perdagangan, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan pada hari Jumaat bahawa dia mempunyai “perbincangan yang sangat baik” dengan Pemimpin China Xi Jinping mengenai perjanjian perdagangan fasa satu. Selain itu, Kementerian Kewangan China menyatakan bahawa negara China akan menurunkan atau membatalkan tarif import ke atas 850 produk mulai 1hb Januari yang termasuk bekalan babi, alpukat beku dan produk teknologi yang tertentu. Di samping itu, China juga mula membuat pembelian yang besar dalam produk pertanian A.S. Oleh itu, perkembangan yang berterusan di antara A.S. dan China telah meningkatkan harapan pasaran bahawa kedua-dua negara berkemungkinan boleh menyelesaikan konflik perdagangannya dan meningkatkan kekuatan untuk dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.04% kepada 97.21.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.13% kepada $60.38 setong pada masa penulisan di tengah-tengah perkembangan positif antara A.S dan China. Berikutan dengan perkembangan terbaru di mana Presiden Donald Trump memberikan beberapa komen positif mengenai China dan memberi isyarat bahawa perjanjian akan ditandatangani “tidak lama lagi”, pasaran kekal optimis mengenai prospek permintaan bagi komoditi ini dan mengekalkan kedudukan mereka terhadap komoditi ini. Sebaliknya, harga emas kekal kukuh dan menokok sebanyak 0.11% kepada $1479.49 se troy auns sementara pelabur kekal berwaspada dan memasuki pasaran selamat sebelum pasaran ditutup sempena musim cuti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) 0.5% 0.1%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Oct) 0.1% 0.1%
23:00 USD – New Home Sales (Nov) 733K 735K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 96.95. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 96.95.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.20

Tahap sokongan: 96.95, 96.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2965. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3095.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3225

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2830

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1105. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan terkini 1.1105.

 

Tahap rintangan: 1.1105, 1.1175

Tahap sokongan: 1.1045, 1.0990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara ia menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.20

Tahap sokongan: 109.25, 108.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6990

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA 20 (merah). Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6565.

 

Tahap rintangan: 0.6630, 0.6710

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6500

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3125.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3260

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3065

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9780. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9845.

 

Tahap rintangan: 0.9845, 0.9915

Tahap sokongan: 0.9780, 0.9725

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 60.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 59.70.

 

Tahap rintangan: 60.85, 62.05

Tahap sokongan: 59.70, 58.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1478.50. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1478.50, 1497.00

Tahap sokongan: 1463.70, 1450.75