26 Disember 2019 Analisis Sesi Petang
Pasaran forex mendatar selepas percutian Hari Natal.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berlegar sekitar tahap 97.25 di tengah-tengah percutian Hari Natal meninggalkan pasaran dengan kecairan yang lebih tipis. Sebelum ini, Wakil Perdagangan AS iaitu Robert Lighthizer mendedahkan kepada wartawan berita bahawa kedua-dua negara berkemungkinan akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama pada minggu pertama dalam bulan Januari. Daripada pihak China, jurucakap Kementerian Luar Negeri China iaitu Geng Shuang juga mengulas bahawa kedua-dua pasukan ekonomi dan perdagangan dari China dan AS sekarang berada di peringkat akhir kerja susulan, satu perjanjian formal akan segera diselesaikan. Walau bagaimanapun, pentadbiran China belum mengesahkan komponen perdagangan dari negara AS lagi sementara pasaran juga sedang menunggu untuk butiran perjanjian perdagangan tersebut. Pada masa ini, ia dipercayai bahawa pasaran akan tetap tenang untuk tempoh masa yang tertentu oleh kerana kekurangan data ekonomi dan maklumat lanjut mengenai pembangunan geopolitik. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar turun 0.03% kepada 97.65.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menaik sebanyak 0.43% ke $61.35 setong di tengah tengah optimisme perdagangan dan berita mengenai kerjasama antara Rusia dan OPEC dalam pemotongan pengeluaran minyak. Walau bagaimanapun, peserta pasaran masih seperti biasa memberi perhatian kepada data inventori minyak mentah supaya dapat mengukur arah komoditi hitam ini denga lebih tepat. Selain itu, harga emas melonjak 0.35% ke $1503.60 satu troy auns kerana pasaran masih sedang menunggu lebih banyak pemangkin selepas Hari Natal.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | U.S – Initial Jobless Claims | 234K | 220K | – |
| 05:30
(27hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 4.700M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 97.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.55.
Tahap rintangan: 97.55, 98,10
Tahap sokongan: 97.00, 96.50

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3340
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1105.
Tahap rintangan: 1.1105, 1.1140
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1050

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 109.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.65, 109.95
Tahap sokongan: 109.30, 108.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6925. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6845

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6785. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6665, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6585, 0.6505

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3120. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3045

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9795. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9875
Tahap sokongan: 0.9795, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 60.70. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 62.30, 63.70
Tahap sokongan: 60.70, 58.85

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1488.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1511.00, 1529.25
Tahap sokongan: 1488.25, 1475.25