03 Januari 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun jatuh berikutan dengan kebimbangan “hard-Brexit”.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya pada semalam susulan dengan kebimbangan terhadap risiko “hard-Brexit” pada akhir tahun 2020. Sebelum ini, Perdana Menteri UK Boris Johnson menetapkan tarikh akhir pada Disember 2020 untuk mencapai perjanjian perdagangan yang baru dengan Eropah, yang selanjutnya mendorong beberapa kebimbangan terhadap “hard-Brexit” . Para pelabur berpendapat bahawa tempoh masa yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk mencapai perjanjian yang efisien di antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, menurut daripada kaji selidik Bank of England, ia menunjukkan sebanyak 42% responden menjangkakan ketidakpastian Brexit untuk berlegar sehingga tahun 2021, lebih tinggi daripada bacaan terdahulu sebanyak 34% pada bulan November. Walau bagaimanapun, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas berita yang berkaitan dengan rundingan perdagangan di antara Kesatuan Eropah dan UK untuk meramal pergerakan pasangan tersebut. Tambahan pula, Paun Sterling telah menerima momentum bearish yang lanjut selepas data yang suram dari rantau UK dibebaskan. Menurut daripada Markit, U.K. Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 48.9 ke bacaan sebanyak 47.5, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 47.6. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.02% ke 1.3143.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut semalam susulan dengan kebimbangan para pelabur terhadap prospek masa depan untuk permintaan mentah pada tahun 2020. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan peningkatan ketegangan di antara negara Amerika Syarikat dan Timur Tengah, yang selanjutnya mengurangkan selera risiko dalam pasaran FX sambil meningkatkan permintaan untuk aset selamat seperti emas. Semasa penulisan, harga minyak mentah didagang dengan rata pada $61.12 se tong manakala harga emas telah menyusut 0.04% ke $1527.95 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
(4hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Dec) | -16K | 5K | – |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Dec) | 45.3 | 45.9 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Dec) | 48.1 | 49.0 | – |
| 00:00
(4hb) |
CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -5.474M | -3.288M | – |
| 02:00
(4hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 677 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.50, 96.95
Tahap sokongan: 95.95, 95.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3125. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3005

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1165. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1270
Tahap sokongan: 1.1165, 1.1125

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 108.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.50, 110.45
Tahap sokongan: 108.45, 107.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7020. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6965.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7055
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6925

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6755. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6755, 0.6825
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6600

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2970. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3110
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2900

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9670. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9750.
Tahap rintangan: 0.9750, 0.9805
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 61.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 60.25.
Tahap rintangan: 61.95, 63.10
Tahap sokongan: 60.25, 58.45

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1532.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1532.40, 1556.85
Tahap sokongan: 1509.50, 1488.25