06 Januari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dollar menjunam disebabkan oleh data ekonomi yang suram.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menurun di tengah-tengah data ekonomi baru-baru ini menunjukkan bahawa sektor perkilangan AS masih dalam tahap kemunduran. Menurut Institut Pengurusan Pembekalan, data AS ISM Manufacturing PMI dibebaskan pada bacaan sebanyak 47.2, tersasar ramalan ekonomi pada 49.0, aktiviti kilang telah menyusut untuk bulan kelima berturut-turut sambil mencatat penurunan paling teruk dalam lebih daripada 10 tahun. Meskipun berita baru baru ini menunjukkan sedikit penyusutan dalam perang perdagangan antara AS dan China, tetapi ketidakpastian mengenai perang perdagangan masih terus menimbang pertumbuhan ekonomi AS, menghantui prestasi ekonomi rantau Amerika sejak perang perdagangan berlaku. Selain itu, ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran juga merosot sentimen pasaran dolar. Selepas AS melancarkan serangan udara ke Iran pada hari Jumaat lepas, Iran bersumpah bahawa mereka akan membalas dendam terhadap AS. Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump juga menegaskan bahawa jika Iran menyerang AS, AS pasti akan melanda Iran dengan ‘sangat cepat dan sangat keras’, sementara 52 tempat Iran yang penting telah disasarkan oleh AS. Selain itu, Trump juga mendedahkan bahawa Iran telah memberikan banyak masalah kepada dunia selama bertahun-tahun, dan AS tidak mahu ancaman lagi, dikatakan melalui twitter. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.03% k 96.40.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 2.46% ke $64.60 setong di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik di rantau Timur Tengah dijangka akan mengganggu bekalan minyak mentah. Setakat ini, pasaran masih menunggu berita lanjut mengenai ketegangan AS-Iran untuk menentukan arah minyak mentah. Selain itu, harga emas naik 1.72% kep $1578.10 satu troy auns kerana sentimen penurunan selera risiko terus menimbang pada logam kuning ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Composite PMI (Dec) | 48.5 | 48.6 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Dec) | 49.0 | 49.1 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.25.
Tahap rintangan: 96.85, 97.25
Tahap sokongan: 96.25, 95.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3085. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3165
Tahap sokongan: 1.3035, 1.2965

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan di 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 107.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 108.15.
Tahap rintangan: 108.15, 108.45
Tahap sokongan: 107.95, 107.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rintangan 0.6925. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6965.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6880

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6665. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6640.
Tahap rintangan: 0.6665, 0.6695
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6620

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2970. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya seleapas ia berjaya memecah tahap sokongan di 1.2970.
Tahap rintangan: 1.3020, 1.3085
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2935

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berhampiran garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9690.
Tahap rintangan: 0.9725, 0.9775
Tahap sokongan: 0.9690, 0.9660

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 64.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 65.45.
Tahap rintangan: 65.45, 66.45
Tahap sokongan: 64.40, 63.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1572.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1591.10, 1611.80
Tahap sokongan: 1572.10, 1551.10