07 Januari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar A.S jatuh susulan ketegangan yang berlanjutan di Timur Tengah.
Indeks dolar yang berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah tergelincir semasa awal sesi Asia berikutan dengan ketegangan antara A.S dan Iran kekal menguasai tajuk utama. Menurut kepada laporan terkini, A.S telah menolak kemasukan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif yang akan bercakap di Majlis Keselamatan PBB mengenai pembunuhan Qassem SuleimaniIra oleh A.S. Selain itu, berita mengenai tentera AS tidak akan meninggalkan Iraq juga meningkatkan kebimbangan dengan lebih lanjut dalam pasaran. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Mark T. Esper telah mengesahkan dengan Washington Post bahawa A.S telah tidak membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan Iraq. Di samping itu, diplomat A.S. juga menyebut bahawa tentera akan “mengikut undang-undang konflik bersenjata” sekiranya mereka perlu menyerang tapak kebudayaan Iran. Pasaran bimbang bahawa ketegangan yang semakin meningkat akan berubah menjadi peperangan skala penuh di antara negara-negara, justerunya ketegangan yang berterusan tersebut kekal mencengkam sentimen pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.23% kepada 96.25.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.10% kepada $ 62.95 setong pada masa penulisan susulan dengan Washington dan Tehran kekal bertukar ancaman untuk menyerang. Oleh kerana Iran adalah antara pengeluar minyak terbesar di Timur Tengah yang menyumbang kepada 40% daripada bekalan mentah dunia, pasaran telah menjangkakan bekalan yang lebih ketat dalam Timur Tengah dan ketakutan bahawa permulaan perang akan menghalang pergerakan minyak mentah dari rantau tersebut ke pasaran global. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.15% kepada $ 1564.30 se troy auns pada penulisan susulan dengan peristiwa A.S dan Iran kekal memberikan sokongan untuk permintaan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18.00 | EUR – CPI (YoY) (Dec) | 1.0% | 1.3% | – |
| 23.00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) | 53.9 | 54.5 | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Dec) | 60.0 | 53.8 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 96.05.
Tahap rintangan: 96.50, 96.95
Tahap sokongan: 96.05, 95.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3095. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3225.
Tahap rintangan: 1.3225, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3095, 1.2965

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1250.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1105

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 108.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.45, 108.90
Tahap sokongan: 107.90, 107.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6925. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6990.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7040
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6885

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6640. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6740.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6565

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3010. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2925.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2865

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9725, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9650, 0.9590

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 62.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 64.55, 66.25
Tahap sokongan: 62.35, 60.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1556.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1589.00, 1613.35
Tahap sokongan: 1556.95, 1533.25