10 Januari 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun menyusut susulan dengan pernyataan yang dovish dari Carney
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya semalam selepas Bank Pusat England mengisyaratkan bahawa mereka berkemungkinan untuk mengurangkan kadar faedah pada masa depan. Menurut daripada Reuters, Gabenor Bank Pusat England, Mark Carney semalam menegaskan bahawa mereka akan memotong kadar faedah tanpa keraguan sekiranya perkembangan ekonomi di UK lebih buruk daripada jangkaan mereka. Selepas kenyataan yang dovish tersebut, jangkaan pasaran pada masa kini telah memberi kebarangkalian sebanyak 60% untuk memotong kadar faedah pada masa depan. Ia adalah lebih tinggi daripada jangkaan sebelumnya sebanyak 50% pada akhir tahun 2019. Sebaliknya, pasangan Paun Sterling telah menerima momentum bearish yang lanjut susulan dengan kebimbangan terhadap “hard-Brexit”. Perdana Menteri UK Boris Johson menolak sebarang penangguhan tarikh transisi Brexit sambil menegaskan untuk melengkapkan proses Brexit pada 31hb Disember 2020. Namun, Ursula von der Leyen, Ketua Suruhanjaya Eropah menegaskan bahawa masa tersebut adalah mustahil untuk mencapai perjanjian perdagangan yang kecekapan di antara UK dan Eropah. Sentimen tersebut telah meningkatkan kebimbangan terhadap “hard-Brexit”, yang selanjutnya mendorong beberapa penjualan ke atas pasangan Paun Sterling. Namun, pada masa kini para pelabur perlu meneruskan pemantauan ke atas sebarang perkembangan mengenai mesyuarat UK dan Eropah pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.04% ke 1.3068.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.10% ke $59.51 se tong. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan kemerosotan ketegangan di antara A.S. dan Iran, yang selanjutnya mengurangkan jangkaan untuk berlakunya gangguan bekalan minyak mentah dari Timur Tengah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya semalam susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Kekurangan ketegangan di antara A.S. dan Iran telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko, yang selanjutnya memberi tekanan bearish ke atas aset selamat seperti emas. Semasa penulisan, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1552.35 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21.30 | USD – Nonfarm Payrolls (Dec) | 266K | 160K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Dec) | 3.5% | 3.5% | |
| 21:30 | CAD – Employment Change (Dec) | -71.2K | 22.5K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 96.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.30, 97.60
Tahap sokongan: 96.95, 96.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3020. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3090.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3175
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2940

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1160. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1075.
Tahap rintangan: 1.1160, 1.1220
Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tingi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.65, 110.55
Tahap sokongan: 108.75, 107.70

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 0.6870. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannnya ke arah tahap sokongan 0.6810.
Tahap rintangan: 0.6870, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6760

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 0.6620. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6575.
Tahap rintangan: 0.6620, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6575, 0.6525

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3110. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3110, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2965

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9740. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9740, 0.9810
Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 59.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 60.75, 62.45
Tahap sokongan: 59.30, 57.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1547.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1582.00, 1608.90
Tahap sokongan: 1547.65, 1512.25