83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

 

Dolar kekal mantap menjelang data NFP.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama tetap teguh menjelang pembebasan data NFP dan penandatangan untuk perjanjian perdagangan. Baru-baru ini, data-data ekonomi yang kukuh menunjukkan peningkatan dalam sektor perkhidmatan AS, penyusutan dalam tuntutan pengangguran dan pengambilan kerja yang kukuh terus mendorong kekuatan dolar AS. Bagi isu perang perdagangan, ketegangan Timur Tengah yang semakin menyusut juga menyokong selanjutnya permintaan untuk dolar AS susulan dengan Amerika Syarikat dan Iran mengelak diri dari konfrontasi yang lebih mendalam selepas serangan dron AS baru-baru ini yang membunuh komander tentera Iran. Namun, pasaran tetap berhati-hati sementara mereka akan memberi tumpuan kepada gaji dan perkembangan selanjutnya untuk mengukur sentimen selanjutnya pada dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menokok sebanyak 0.05% hingga 97.07.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal ditekan dan jatuh sebanyak 0.40% kepada $ 59.38 setong semasa penulisan berikutan dengan ancaman di Timur Tengah yang semakin berkurangan. Oleh kerana ketegangan antara AS dan Iran telah menurun, pasaran pada masa kini bertindak balas terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam inventori mentah AS. Sebaliknya, harga emas juga menurun sebanyak 0.32% kepada $ 1547.20 pada masa penulisan susulan dengan kekukuhan dolar yang disokong oleh penyusutan dalam ketegangan telah mengurangkan daya tarikan komoditi yang selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21.30 USD – Nonfarm Payrolls (Dec) 266K 160K
21:30 USD – Unemployment Rate (Dec) 3.5% 3.5%  
21:30 CAD – Employment Change (Dec) -71.2K 22.5K
02:00

(11hb)

CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count 670

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 96.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.25.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.70

Tahap sokongan: 96.85, 96.25

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran tahap  sokongan 1.3035. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3100.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3165

Tahap sokongan: 1.3035, 1.2965

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1075.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1005

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 109.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek dan menuju ke arah tahap sokongan di 109.25.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.00

Tahap sokongan: 109.25, 108.95

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap tinggi saluran sisi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 0.6880.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6815

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun di tahap sokongan di 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6620.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan MA 20 (Merah). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah garisan MA 20 (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9725. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 0.9725.

 

Tahap rintangan: 0.9770, 0.9810

Tahap sokongan: 0.9725, 0.9690

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan penguduran berlaku di tahap rintangan di 59.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 58.60.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.35

Tahap sokongan: 58.60, 57.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1551.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1551.10, 1572.10

Tahap sokongan: 1539.15, 1530.05