83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Januari 2020                  Analisis Sesi Pagi

Paun jatuh susulan dengan data yang negatif.

Paun sterling telah mencatat kerugiannya selepas data yang suram dari rantau United Kingdom dibebaskan. Ini telah meningkatkan jangkaan untuk Bank Pusat England memotong kadar faedah pada bulan Januari. Menurut Office for National Statistics, U.K. Manufacturing Production untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 0.5% ke -1.7%, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu -0.3%. Sementara itu, U.K. Gross Domestik Produk (GDP) untuk bulan yang lepas juga menyusut dari bacaan sebanyak 0.1% ke -0.3%. Terdahulu, Gabenor Bank Pusat England, Mark Carney dan dua orang penentu kadar faedah, Silvan Tenreyro dan Gertjan Vlieghe menegaskan pada minggu yang lalu bahawa mereka akan terus memantau pertumbuhan ekonomi di UK, sekiranya pertumbuhan ekonomi di UK lebih buruk daripada jangkaan mereka, mereka akan terus memotong kadar faedah untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di U.K. Tambahan pula, kedua-dua data dari rantau UK adalah lebih rendah daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengurangkan sentimen optimisme terhadap kemajuan ekonomi di U.K sambil menguatkan kepercayaan terhadap penurunan kadar faedah pada masa yang akan datang. Menurut daripada Reuters, pada masa kini, para pelabur menjangka kebarangkalian sebanyak 50% untuk pemotongan kadar faedah pada akhir Januari manakala kebarangkalian sebanyak 85% untuk pemotongan kadar faedah pada bulan Mei. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.03% ke 1.2991.

 

Bagi pasaran komoditi, semasa penulisan harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.12% ke $58.11 se tong. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah semalam susulan dengan kemerosotan ketegangan di antara A.S. dan Iran dan kebimbangan bahawa pasaran minyak mentah akan menghadapi masalah belakan lebihan susulan dengan kekurangan permintaan untuk minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut semalam susulan dengan prospek positif terhadap perjanjian perdagangan “Fasa pertama” di antara A.S. dan China, yang selanjutnya mendorong beberapa penjualan ke atas aset selamat seperti emas. Semasa penulisan, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.05% ke $1547.00 se troy auns.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Dec) 0.2% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut,.

 

Tahap rintangan: 97.10, 97.60

Tahap sokongan: 96.65, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2960. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3270

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2800

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1145, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1080, 1.0990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.55.

 

Tahap rintangan: 110.55, 111.10

Tahap sokongan: 109.55, 108.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6920. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6865.

 

Tahap rintangan: 0.6920, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6810

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6615. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6560

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3024. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3180

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2965

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9740. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9640.

 

Tahap rintangan: 0.9740, 0.9810

Tahap sokongan: 0.9670, 0.9585

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 57.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 59.25, 60.75

Tahap sokongan: 57.95, 56.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1550.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1528.75.

 

Tahap rintangan: 1550.30, 1582.00

Tahap sokongan: 1528.75, 1509.70