16 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Tarif ke atas barangan EU ditangguhkan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut berikutan dengan berita mengenai pelan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan EU. Beliau kini menghadapi isu mengenai ancamannya untuk mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas kereta dan alat ganti dari EU. Menurut kepada Bloomberg, motif Trump untuk menangguhkan tarif tersebut adalah untuk mengelakkan penjejasan hubungan politik dengan sekutunya, terutamanya di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan dengan China. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 97.30. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.14% ke 0.6915 di tengah-tengah pembebasan data negatif yang mencetuskan momentum bearish ke atas mata wang Aussie. Menurut kepada Australian Bureau of Statistic, kadar pengangguran Australia bagi bulan April telah meningkat ke 5.2%, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 5.0%. Data yang negatif tersebut telah mengesahkan keputusan Bank Pusat Australia (RBA) untuk pemotongan kadar dari 1.75% ke 1.50% sebagai langkah yang wajar untuk menentang penyusutan pertumbuhan ekonomi di Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.43% ke $62.35 setong di tengah-tengah ketegangan di timur tengah yang telah mencetuskan kebimbangan penjejasan pembekalan minyak di dalam pasaran. Selain itu, peningkatan harga minyak juga didorong oleh pelarasan OPEC mengenai permintaan global terhadap minyak mereka yang dijangka untuk meningkat. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1296.50 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – Trade Balance (Mar) | 17.9B | 19.9B | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Apr) | 1.288M | 1.290M | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 228K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | 8.5 | 10.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 97.00.
Tahap rintangan: 97.60, 98.25
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2865. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.2865.
Tahap rintangan: 1.2865, 1.2925
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2770

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1180. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305
Tahap sokongan: 1.1180, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 109.55. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 109.15.
Tahap rintangan: 109.55, 110.10
Tahap sokongan: 109.15, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6855

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6540. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras tengah saluran tersebut di 1.3435. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan 1.3435.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.0085. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0085, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0040, 0.9980

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah saluran sisinya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 63.15.
Tahap rintangan: 63.15, 64.65
Tahap sokongan: 61.80, 60.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1295.65. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1302.50, 1311.40
Tahap sokongan: 1295.65, 1287.85