83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Januari 2020                  Analisis Sesi Pagi

 

Yen meningkat susulan wabak koronavirus.

Dolar AS telah menerima tekanan menurun pada pagi ini berlatarbelakangkan data perumahan yang bearish dari AS. Menurut kepada US Commerce Department, New Home Sales bagi bulan Disember menurun sebanyak 0.4% ke 694,000 unit, lebih rendah berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 730,000 unit. Jualan rumah baru telah menyusut bagi bulan ketiga berturut-turut yang berkemungkinan didorong oleh kekurangan rumah yang berpatutan di AS. Namun, kebanyakan para pelabur menjangkakan bahawa pasaran perumahan di AS kekal disokong oleh kadar gadai yang lebih rendah selepas Bank Pusat AS memotong kadar faedah sebanyak 3 kali pada tahun lepas. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.03% ke 97.66. Sementara itu, aset selamat Yen Jepun telah melanjutkan kenaikannya berikutan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap wabak koronavirus di China yang berkemungkinan memberi impak kepada perkembangan ekonomi. Menurut kepada laporan dari The Hill, koronavirus tersebut berkemungkinan telah mengakibatkan lebih daripada 100 kematian dan lebih daripada 30,000 individual dijangkiti, lebih tinggi daripada laporan rasmi dari Beijing. Ahli penggubal dasar id China telah menyekat sebarang perjalanan diantara negeri dan melanjutkan cuti Tahun Baru Cina bagi membanteras wabak tersebut dari tersebar secara meluas di domestik dan luar negara. Para pelabur menjangka bahawa perbelanjaan pengguna dan sektor pelancongan akan terjejas dan ini akan memberi impak kepada ekonomi China yang sebelum ini telah mempunyai isyarat kemelesetan. Semasa sesi Asia, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.01% ke 108.97.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang secara mendatar berhampiran $52.90 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish semenjak minggu lepas berikutan dengan kekhuatiran terhadap impak koronavirus ke atas perkembangan ekonomi dunia yang berkemungkinan untuk menjejaskan permintaan pasaran terhadap komoditi ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,581.91 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran berlatarbelakangkan wabak koronavirus.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) -0.1% 0.2%
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Jan) 126.5 128.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 97.90, 98.15

Tahap sokongan: 97.65, 97.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1.3055. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3135, 1.3200

Tahap sokongan: 1.3055, 1.3010

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1050, 1.1080

Tahap sokongan: 1.1005, 1.0990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 109.20, 109.65

Tahap sokongan: 108.50, 108.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6790, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6700

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6540. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6590, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6540, 0.6490

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 1.3215.

 

Tahap rintangan: 1.3215, 1.3275

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3060

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9725, 0.9780

Tahap sokongan: 0.9670, 0.9615

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara mendatar berhampiran tahap sokongan 52.05. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 54.20, 56.25

Tahap sokongan: 52.05, 49.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1580.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1598.80, 1615.00

Tahap sokongan: 1580.00, 1563.20