29 Januari 2020 Analisis Sesi Petang
Paun menjunam sementara menunggu keputusan kadar faedah BoE.
Di antara kesemua pasaran mata wang yang utama, paun sterling menurun dengan ketara sepanjang bulan lalu kerana para pelabur meramalkan dasar monetari akan diputar dalam mesyuarat Bank of England yang akan datang. Sebelum ini, ekonomi UK telah merosot dengan ketara kerana isu Brexit yang belum diselesaikan. Walaupun perjanjian Brexit daripada Boris Johnson terkini telah melepasi semua rintangan dan berjaya mendapat persetujuan diraja daripada The Queen, namun pelabur masih percaya bahawa UK tidak akan dapat mencapai persetujuan bersama dengan EU sebelum akhir tempoh peralihan. Jikalau UK meninggal EU tanpa persetujuan, ia boleh mencetuskan tekanan jualan besar di pasaran paun kerana Brexit yang keras akan merosotkan pertumbuhan ekonomi UK dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, laporan baru-baru ini yang menunjukkan kadar inflasi UK telah menurun ke 1.3% daripada 1.5% pada bulan sebelumnya juga menyimpulkan pandangan para pelabur ke arah bank pusat UK akan terus melonggarkan dasar monetari mereka, berkemungkinan akan memperkenalkan lebih banyak rangsangan atau menurunkan kadar faedah. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD mencatatkan penurunan sebanyak 0.09% ke 1.3015.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.30% ke $54.10 setong kerana pasaran percaya OPEC dan sekutu-sekutunya akan melanjutkan pemotongan pengeluaran minyaknya sebelum akhir bulan Mac. Selain itu, penyusutan ketegangan perdagangan juga memberikan sokongan yang kuat terhadap komoditi hitam ini sementara pasaran masih menunggu lebih banyak perkembangan dalam perbincangan perdagangan antara AS dan China. Sebaliknya, harga emas turun 0.04% ke $1,565.20 satu troy auns disebabkan oleh kekuatan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari China Spring Festival
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 USD FOMC Statement (30hb)
03:30 USD FOMC Press Conference (30hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (Feb) | 9.6 | 9.6 | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) | 1.2% | 0.5% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.405M | 0.482M | – |
| 03:00 (30hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 97.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 98.20.
Tahap rintangan: 98.20, 98.80
Tahap sokongan: 97.70, 97.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2965. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3035.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1035
Tahap rintangan: 1.1035, 1.1075
Tahap sokongan: 1.1000, 1.0960

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.25. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.25, 109.65
Tahap sokongan: 108.85, 108.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia masih sedang menguji tahap rintangan di 0.6770. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6805
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6710

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6535. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6460

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.3145.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3265
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9720. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9770.
Tahap rintangan: 0.9770, 0.9810
Tahap sokongan: 0.9720, 0.9690

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 53.90. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan seterusnya.
Tahap rintangan: 55.25, 56.35
Tahap sokongan: 53.90, 52.20

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulunya di 1572.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1572.10, 1585.25
Tahap sokongan: 1561.85, 1551.10