30 Januari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Aset selamat meningkat susulan penyebaran wabak koronavirus.
Aset selamat seperti Yen Jepun menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX susulan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap wabak koronavirus China yang berkemungkinan untuk menjejaskan momentum ekonomi global. Wabak yang menyerupai pneumonia tersebut telah tersebar di dalam China dan para pelabur khuatir bahawa ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi domestik serta memberi impak kepada rakan dagang utamanya di Asia dan Eropah. Justeru, para pelabur memasuki ke dalam pasaran aset selamat untuk melindungi kapital dan pada masa yang sama menjual aset berisiko. Menurut kepada para ekonomis, kadar pertumbuhan ekonomi China berkemungkinan untuk susut ke 5% atau lebih rendah dan ia juga akan meningkatkan kemungkinan para penggubal dasar untuk memperkenalkan rangsangan ekonomi yang lebih lanjut. Bagi rantau yang lain, pound sterling telah didagang secara stabil sebelum keputusan kadar faedah Bank Pusat England dibebaskan. Terdahulu, para pelabur menjangkakan bank pusat tersebut untuk memotong kadar faedah memandangkan perbelanjaan pengguna mengisyaratkan penyusutan sementara risiko Brexit masih berlegar. Semasa penulisan, USD/JPY menurun sebanyak 0.08% ke 108.89 sementara GBP/USD didagang secara mendatar di 1.3015.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.49% ke $52.80 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish selepas kadar kematian dari wabak koronavirus di China makin meningkat. Ini berkemungkinan untuk menjejaskan momentum ekonomi global serta memberi impak kepada permintaan minyak dunia. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.22% ke $1,580.14 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran akibat daripada wabak koronavirus.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 GBP BoE Inflation Report
20:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Jan) | 8K | 5K | – |
| 20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Jan) | 0.75% | 0.75% | – |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4)) | 2.1% | 2.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 97.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 98.20.
Tahap rintangan: 98.20, 98.80
Tahap sokongan: 97.70, 97.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2965. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3035.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1035
Tahap rintangan: 1.1035, 1.1075
Tahap sokongan: 1.1000, 1.0960

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 108.80. MACD yang memaparkan isyarat momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.25, 109.65
Tahap sokongan: 108.75, 108.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6760. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras bawah.
Tahap rintangan: 0.6760, 0.6805
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6660

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6535. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6570
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6460

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3145. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3265
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9735. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9690.
Tahap rintangan: 0.9735, 0.9770
Tahap sokongan: 0.9690, 0.9665

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 52.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 52.60.
Tahap rintangan: 54.15, 55.25
Tahap sokongan: 52.60, 51.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulunya di 1572.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1585.25.
Tahap rintangan: 1585.25, 1599.90
Tahap sokongan: 1572.10, 1561.85