83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Januari 2020                  Analisis Sesi Pagi

Paun melonjak selepas BoE mengekalkan kadar faedahnya.

Paun Sterling telah mencatat keuntungannya semalam selepas Bank Pusat UK mengekalkan kadar faedahnya pada 0.75%, mengalahkan jangkaan pasaran bahawa kebarangkalian sebanyak 50% untuk pemotongan kadar faedah bagi memberangsangkan ekonomi UK. Sebelum ini, ekonomi Britain menderita pada akhir tahun 2019, yang selanjutnya mendorong beberapa penggubal dasar monetari menegaskan bahawa mereka akan mengundi untuk mengurangkan kadar faedah dalam bulan ini kecuali ekonomi UK telah menunjukkan peningkatan. Walau bagaimanapun, 7 penggubal dasar monetari mengundi untuk mengekalkan kadar faedah UK pada 0.75% manakala 2 ahli mengundi untuk mengurangkan kadar faedah semalam. Keputusan tersebut telah memangkas jangkaan para pelabur untuk mengurangkan kadar faedah pada bulan ini, yang selanjutnya meningkatkan permintaan yang signifikan ke atas Paun Sterling. Namun, pada masa kini para pelabur harus memantau perkembangan mengenai mesyuarat di antara Eropah dan UK selepas UK secara rasminya meninggalkan Kesatuan Eropah pada hari ini. Sebaliknya, Dolar AS menyusut semalam selepas satu laporan yang menunjukkan ekonomi A.S. pada tahun 2019 mencatatkan pertumbuhan tahunnya yang paling perlahan dalam tempoh tiga tahun dan perbelanjaan pengguna A.S. yang juga menyusut secara mendadak. Menurut daripada Bureau of Economic Analysis, A.S. Gross Domestik Produk (GDP) untuk bulan lepas memberi bacaan sebanyak 2.1%, sama dengan jangkaan ekonomis. Namun, data perbelanjaan pengguna A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 3.2% ke bacaan sebanyak 1.8% manakala A.S. Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 216K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 215K, yang selanjutnya memberi tekanan penjualan ke atas pasangan Dolar AS. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.04% ke 1.3086 manakala indeks dolar mencatat kerugiannya sebanyak 0.13% ke 97.63.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.23% ke $52.79 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah menerima momentum bearish semalam susulan dengan kebimbangan terhadap korona virus akan memburukkan perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya menjejaskan permintaan minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.07% ke $1574.53 se troy auns susulan dengan kelemahan Dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Jan) 1.3% 1.4%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Nov) -0.1% 0.1%
02:00

(1hb

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 676

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.85, 98.15

Tahap sokongan: 97.60, 97.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3095. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3160

Tahap sokongan: 1.2980, 1.2920

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1005. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1080.

 

Tahap rintangan: 1.1080, 1.1135

Tahap sokongan: 1.1005, 1.0955

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.55.

 

Tahap rintangan: 109.55, 110.15

Tahap sokongan: 108.70, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6700. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6700, 0.6670

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6480. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6625, 0.6725

Tahap sokongan: 0.6480, 0.6420

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3335

Tahap sokongan: 1.3165, 1.3100

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9680. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9700.

 

Tahap rintangan: 0.9700, 0.9725

Tahap sokongan: 0.9680, 0.9660

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 52.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 53.95.

 

Tahap rintangan: 53.95, 55.60

Tahap sokongan: 52.05, 50.75

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1573.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1579.85, 1585.45

Tahap sokongan: 1573.05, 1568.10