83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Januari 2020                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aset selamat menjunam selepas WHO umum kecemasan global.

Aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc menerima tekanan menurun selepas kekhuatiran pasaran terhadap impak ekonomi dari wabak koronavirus China makin menyusut. Di dalam sidang media semalam, World Health Organization (WHO) telah mengumumkan wabak terbaru tersebut sebagai “kecemasan global” selepas ia merebak negara di luar daripada China. Keputusan tersebut telah diambil selepas jumlah kes jangkitan melebihi 8,200 individual, lebih tinggi daripada jumlah kes wabak SARS. Dengan pengumuman tersebut dari WHO, ia bakal meningkatkan respons global untuk menangani wabak tersebut dan ia bakal mengurangkan tempoh masa wabak serta menurunkan impaknya terhadap momentum ekonomi. Tambahan pula, WHO memuji China dalam mengambil tindakan yang “drastik” bagi menangani wabak tersebut. Terdahulu, China telah menutup beberapa bandar termasuk titik permulaan wabak tersebut iaitu bandar Wuhan bagi mengehadkan kadar penyebarannya. Semasa penulisan, USD/JPY meningkat sebanyak 0.10% ke 109.05 sementara USD/CHF menokok sebanyak 0.07% ke 0.9698.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.06% ke $52.95 setong. Susulan dengan pengumuman kecemasan global dari WHO, sentimen pesimistik para pelabur terhadap impak ekonomi dari wabak koronavirus makin menyusut. Ia juga telah meningkatkan prospek ke atas pemulihan permintaan minyak global selepas wabak tersebut dikawal. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1,573.54 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset berisiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Jan) 1.3% 1.4%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Nov) -0.1% 0.1%
02:00

(1hb)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 676

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.65, 97.90

Tahap sokongan: 97.20, 97.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3135.

 

Tahap rintangan: 1.3135, 1.3200

Tahap sokongan: 1.3055, 1.2970

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1050.

 

Tahap rintangan: 1.1050, 1.1080

Tahap sokongan: 1.1005, 1.0990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.20, 109.65

Tahap sokongan: 108.50, 108.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6870

Tahap sokongan: 0.6700, 0.6570

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6490. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 0.6430.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6545

Tahap sokongan: 0.6430, 0.6345

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3305

Tahap sokongan: 1.3120, 1.3030

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9725, 0.9780

Tahap sokongan: 0.9670, 0.9620

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 54.20, 56.25

Tahap sokongan: 52.05, 49.55

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1585.30. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1574.00, 1578.00

Tahap sokongan: 1567.00, 1561.40