83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Februari 2020                                Analisis Sesi Pagi

Yen melonjak susulan dengan wabak koronavirus.

Yen Jepun meningkat pada hari Jumaat yang lepas susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX berikutan dengan wabak koronavirus. Menurut kepada CNBC, koronavirus  China setakat ini telah mengambil sebanyak 304 nyawa, 14,380 orang telah dijangkiti oleh virus tersebut, yang direkodkan pada hari Ahad yang lalu. Selain itu, virus tersebut telah mendorong pengharaman pengangkutan dan cuti lanjutan di China untuk menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula, menurut dari beritaa terkini, syarikat penerbangan di seluruh dunia telah mengumumkan rancangan untuk membatalkan bilangan penerbangan mereka yang akan beroperasi ke dan dari China untuk mengelakkan wabak koronavirus. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat penerbangan seperti Qatar Airways dan Malaysia Airlines tidak menggantung penerbangan dari dan ke China, tetapi penumpang yang melancong dari China akan dikenakan penyaringan tambahan di lapangan terbang. Para pelabur menjangkakan bahawa wabak koronavirus mesti akan menjejaskan perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya mendorong mereka untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Yen Jepun. Pada masa kini, para pelabur perlu terus memberi pemantauan terhadap perkembangan mengenai koronavirus untuk menjangkakan pergerakan mata wang tersebut. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.01% ke 108.39.

 

Bagi pasaran komoditi, semasa penulisan harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 1.07% ke $51.05 se tong susulan dengan para pelabur khuatir bahawa wabak koronavirus China akan memusnahkan ekonomi dunia, yang selanjutnya mengurangkan permintaan ke atas komoditi minyak mentah pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.01% ke $1589.25 se troy auns susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Jan) 43.7 45.2
17:30 GBP – Manufacturing PMI (Jan) 49.8 49.8
23:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jan) 47.2 48.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 97.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.95.

 

Tahap rintangan: 97.25, 97.60

Tahap sokongan: 96.95, 96.60

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari tahap rintangan 1.3200. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3140.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3250

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3075

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1095. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1095, 1.1135

Tahap sokongan: 1.1015, 1.0955

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 108.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.55

Tahap sokongan: 107.85, 107.10

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6680. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6720, 0.6755

Tahap sokongan: 0.6680, 0.6630

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6480. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6480, 0.6630

Tahap sokongan: 0.6420, 0.6325

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3245. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki ke pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3335

Tahap sokongan: 1.3165, 1.3100

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9625. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9670, 0.9715

Tahap sokongan: 0.9625, 0.9585

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 50.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 53.05, 56.55

Tahap sokongan: 50.15, 46.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1582.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1594.45.

 

Tahap rintangan: 1594.45, 1609.60

Tahap sokongan: 1582.70, 1561.50