83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Februari 2020                                Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 27 – 31

Reviu Pasaran (Forex): Januari 27 – 31

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan, sementara itu indeks tersebut menutup pasarannya pada harga 96.57. Tambahan pula, pasaran saham A.S. mengalami kejatuhan yang besar pada minggu yang lepas susulan dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk memindahkan portfolio mereka dari Amerika Syarikat ke negara lain sambil mencetuskan penjualan ke atas AS Dolar.

 

AS Dolar telah menerima tekanan bearish susulan dengan kebimbangan mengenai momentum ekonomi yang perlahan di Amerika Syarikat selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan. Menurut daripada Census Bureas, Data Penjualan Rumah Baru A.S. telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 697K ke 694K, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 730K manakala A.S. Core Durable Goods Order untuk bulan yang lepas memberi bacaan sebanyak -0.1%, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Selain itu, A.S. Pending Home Sales untuk bulan Januari telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 1.2% ke bacaan sebanyak -4.9%, lebih buruk daripada ramalan iaitu 0.5%. Dari segi pasaran pekerjaan di A.S., data A.S. Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 216K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 216k, yang selanjutnya menunjukkan kelemahan pasaran pekerjaan di A.S. Walau bagaimanapun, menurut daripada Bureau of Economic Analysis, A.S. Gross Domestik Produk (GPD) memberi bacaan sebanyak 2.1%, sama dengan jangkaan ekonomis. Sementara itu, Bank Pusat A.S. telah mengekalkan kadar faedahnya pada 1.75% sambil menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi di A.S kekal sederhana dan pasaran kerja masih kukuh stabil. Sentimen positif tersebut telah mengehadkan kerugiannya yang dialami oleh Dolar AS. Namun, Federal Reserve Chair Jay Powell menyatakan bahawa A.S. akan memberi pemantauan terhadap pemusnahan koronavirus terhadap pertumbuhan ekonomi A.S. untuk menentukan dasar monetari A.S. pada masa yang akan datang.

 

Berlatarbelakangkan risiko koronavirus, menurut daripada CNBC, , koronavirus  China setakat ini telah mengambil sebanyak 304 nyawa, 14,380 orang telah dijangkiti oleh virus tersebut, yang direkodkan pada hari Ahad yang lalu. Selain itu, virus tersebut telah mendorong pengharaman pengangkutan dan cuti lanjutan di China untuk menghadapi masalah tersebut. Tambahan pula, menurut kepada berita terkini, beberapa syarikat penerbangan di A.S. telah mengumumkan rancangan untuk membatalkan bilangan penerbangan mereka yang akan beroperasi ke dan dari China untuk mengelakkan wabak koronavirus. Para pelabur mengesyaki bahawa wabak koronavirus pasti akan memusnahkan ekonomi dunia, yang mendorong pasaran ekuiti di Amerika Syarikat untuk menjunam sambil mengurangkan permintaan ke atas AS Dolar susulan dengan para pelabur dari seluruh dunia bermula untuk mengalihkan pelaburan mereka dari pasaran saham di Amerika Syarikat ke wang tunai negaranya. Pada masa kini, para pelabur perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan wabak koronavirus tersebut dan juga data ekonomi dari rantau A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 108.51. Yen Jepun telah mencatat kerugiannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX. Kebimbangan terhadap wabak koronavirus telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1080. Pasangan tersebut menerima sokongan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kelemahan mata wang saingan, terutamanya dalam A.S. Dolar. Selain itu, pasangan Euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya selepas data pekerjaan yang positif dibebaskan. Menurut daripada Destatis, Jerman Unemployment Change telah menyusut dari bacaan terdahulu 8K ke bacaan sebanyak -2K, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 5K. Namun, pasangan Euro mengehadkan keuntungannya susulan dengan pembebasan Jerman Ifo Buiness Climate Indeks. Data tersebut memberi bacaan sebanyak 95.9 sahaja, lebih buruk daripada ramalan iaitu 97.0. Namun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan perjanjian perdagangan di antara Eropah dan UK selepas Brexit dijalankan pada 31hb Januari 2020 untuk menjangkakan pergerakan pasangan ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3205. Pada minggu lepas, paun sterling berjaya memulihkan sebahagian kerugiannya dan juga kembali ke arah trend menaik di tengah pengumuman yang tidak dijangka daripada Bank of England (BoE). Sebelum keputusan kadar faedah, para pelabur meramalkan BoE akan menurunkan kadar faedahnya untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjangnya. Walaubagaimanapun, keputusan akhir kadar faedah adalah menentang selera para pelabur dan BoE memilih untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 0.75%. Selain itu, kenyataan dasar monetari BoE juga mendedahkan bahawa walaupun pertumbuhan ekonomi UK telah perlahan pada tahun 2019 disebabkan ketidakpastian terhadap kebuntuan Brexit, namun kadar pertumbuhan yang mantap boleh dijangkakan sekarang dalam beberapa tahun akan datang. Walau bagaimanapun, BoE tidak membantah kemungkinan pemotongan kadar selanjutnya pada masa akan datang jika isu Brexit bertentangan dengan ekonomi UK. Selain itu, UK secara rasmi memasuki tempoh peralihan di mana UK dan Eropah perlu mencari penyelesuian mengenai hubungan perdagangan masa depan dan sebagainya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 23 – 27

GOLD

Harga emas telah menaik ke paras yang lebih tinggi sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1474.40 se troy auns. Pada awal minggu lalu, momentum bearish terus menimbang pada logam kuning ini kerana majoriti bank-bank pusat memberikan pendirian hawkish berkenaan dengan jangkaan pertumbuhan masa depan. Bagaimanapun, data ekonomi yang suram dari Amerika Syarikat seperti Core Durable Goods Orders dan Pending Home Sales menolak para pelabur membeli aset selamat. Selain itu, wabak koronavirus di seluruh dunia juga terus meningkat kebimbangan pasaran dan akhirnya mendorong harga logam kuning naik ke atas.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $51.45 setong. Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah oleh para pelabur kerana wabak koronavirus baru-baru ini akan menjejaskan prospek pasaran minyak mentah.

Menurut berita terkini, koronavirus telah tersebar ke lebih banyak negara dan angka kematian telah meningkat kepada 360 orang. Negara-negara di seluruh dunia telah mula mengasingkan pesakit yang menghidapi coronavirus baru, sementara Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan bahawa dunia kini menghadapi kecemasan global. Majoriti negara telah menghentikan operasi syarikat penerbangan di mana penerbangan langsung ke China kini digantung, amaran perjalanan juga dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengawal penyebaran virus baru ini. Oleh itu, penggantungan penerbangan meningkatkan jangkaan pasaran terhadap pasaran minyak mentah di mana permintaan komoditi hitam ini berkemungkinan berkurangan dengan ketara. Selain itu, wabak virus juga bertindak sebagai tarikan pada pertumbuhan ekonomi global dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2020 dan mungkin membawa kepada kemerosotan yang lebih lama.

Di samping itu, harga minyak mentah jatuh dengan selanjutnya selepas data inventori minyak mentah AS EIA menunjukkan peningkatan dalam stok simpanan pada minggu lepas. Menurut institusi EIA, paras inventori minyak mentah naik ke 3.548 juta, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi iaitu 0.482 juta, menunjukkan bahawa permintaan minyak mentah telah menjadi lemah yang dipercayai disebabakan oleh wabak virus baru-baru ini. Selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa pengeksport minyak terbesar, Arab Saudi telah meningkatkan jualan minyak mentahnya ke China, mengalahkan Rusia sebagai pembekal utama Cina buat kali pertama dalam tempoh empat tahun. Walau bagaimanapun, pasaran kini masih menunggu mesyuarat OPEC + yang dijadualkan pada awal bulan Mac untuk meneliti paras bekalan minyak pada masa akan datang. Berita mengenai coronavirus juga tidak boleh diabaikan kerana ia juga bertindak sebagai pemangkin penting untuk menentukan arah minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 27 – 31

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data ISM Manufacturing PMI and NFP untuk mengetahui arah tuju mata wang dolar AS.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: February 3 – 7

Monday, February 3  

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jan)

EUR – German Manufacturing PMI (Jan)

GBP – Manufacturing PMI (Jan)

USD – ISM Manufacturing PMI (Jan)

 

Events

N/A

 

Tuesday, February 4  

Data

GBP – Construction PMI (Jan)

 

Events

AUD– RBA Interest Rate Decision (Feb)

Wednesday, February 5  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – Employment Change (QoQ) (Q4)

GBP – Composite PMI (Jan)

GBP – Services PMI (Jan)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jan)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Events

N/A

 

 

Thursday, February 6

 

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Dec)

USD – Initial Jobless Claims

 

Events

N/A

 

Friday, February 7

 

 

Data

USD – Nonfarm Payrolls (Jan)

USD – Unemployment Rate (Jan)

CAD – Employment Change (Jan)

CAD – Ivey PMI (Jan)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Events

N/A