4 Februari 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar melambung susulan pemulihan dalam aktiviti perkilangan.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal meningkat pada sesi Asia lewat susulan pasaran kekal positif selepas pembebasan data perkilangan. Menurut kepada Institute for Supply Management (ISM), aktiviti perkilangan dalam A.S. telah bertambah baik dengan tidak dijangka dengan bacaan sebanyak 50.9, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 48.5. Data tersebut menunjukkan bahawa aktiviti perkilangan A.S. telah meningkat semula dengan tidak dijangka pada bulan Januari selepas penyusutan selama lima bulan berturut-turut di tengah peningkatan dalam pesanan baru, justerunya ia meningkatkan daya tarikan dolar AS. Walau bagaimanapun, pasaran juga terus berjaga-jaga dan memberi tumpuan terhadap koronavirus yang berterusan memandangkan jumlah kes dan kematian menunjukkan sedikit tanda untuk menyusust dan berpotensi untuk menjejaskan pasaran global. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.04% kepada 97.83.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 1.08% kepada $ 50.42 setong selepas komoditi ini mengalami penjualan yang berterusan susulan dengan ketakutan terhadap koronavirus. Namun, pasaran kekal bimbang secara keseluruhan terhadap koronavirus kerana jumlah kematian dari koronavirus telah melebihi wabak SARS pada 2002/2003. Seterusnya, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1576.82 sebagai penulisan di tengah-tengah pengambilan untung pada dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Feb) | 0.75% | 0.75% | – |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Jan) | 46.0 | 44.4 | – |
| 05:30
(5th) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -4.267M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4:Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 97.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.80.
Tahap rintangan: 97.80, 98.35
Tahap sokongan: 97.35, 96.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3225
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2830

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1085. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.0990.
Tahap rintangan: 1.1085, 1.1165
Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 108.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 108.90.
Tahap rintangan: 108.90, 109.25
Tahap sokongan: 108.45, 107.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6435. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6500.
Tahap rintangan: 0.6730, 0.6775
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6600

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6435. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6500.
Tahap rintangan: 0.6500, 0.6560
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6380

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3260. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3320.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9625. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9695.
Tahap rintangan: 0.9695, 0.9755
Tahap sokongan: 0.9625, 0.9550

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 50.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 52.60.
Tahap rintangan: 52.60, 54.65
Tahap sokongan: 50.50, 48.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1561.90.
Tahap rintangan: 1588.00, 1613.35
Tahap sokongan: 1561.90, 1542.15