83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Februari 2020                  Analisis Sesi Pagi

 

 

Kadar faedah Australia kekal sama.  

Di antara semua mata wang utama, dolar Aussie telah menerima momentum bullish berikutan dengan bank pusat Australia memutuskan untuk mengekalkan dasar monetarinya tidak berubah, tidak ada sebarang tanda untuk pemotongan kadar pada masa ini. Dalam kenyataan RBA, ahli –ahli RBA mengekalkan kadar faedah mereka pada 0.75% seperti yang dijangkakan secara meluas sementara menukarkan nada mereka kepada pandangan yang optimistik terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Australia pada masa depan. Pada ketika ini, bank pusat meramalkan bahawa ekonomi Australia akan berkembang sebanyak 2.75% tahun ini dan 3% pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, coronavirus baru ini dan kejadian kebakaran hutan akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan domestik buat sementara waktu. Secara keseluruhannya, RBA tidak menolak kemungkinan pemotongan kadar faedah dan telah bersedia untuk melonggarkan dasar monetari mereka jika ekonomi negaranya terus merosot dan menentang dengan jangkaan mereka. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.01% ke 0.6740. Sebaliknya, pasangan GBP/USD berjaya melantun selepas jatuh ke tahap yang paling rendah dalam tempoh satu bulan. Semalam, paun menerima tekanan jual yang besar disebabkan oleh pendirian tegas Perdana Menteri Britain Boris Johnson terhadap isu Brexit. Walaubagaimanapun, pasaran pound sterling naik sedikit buat masa ini kerana data ekonomi yang positif. Menurut CIPS, PMI Pembinaan UK dibebaskan pada tahap 48.4, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi sebanyak 46.6 sementara mencatatkan kenaikan yang tertinggi dalam tempoh lapan bulan. Semasa sesi dagangan awal Asia, GBP/USD naik 0.02% ke 1.3030.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.38% ke $49.80 setong selepas mencecah paras terendah sejak 9 Januari 2019. Sebelum ini, tekanan jualan pada pasaran minyak mentah meningkat dengan ketara selepas data API menunjukkan kenaikan stok simpanan minyak mentah yang besar di AS. Menurut API, stok minyak mentah mingguan AS telah menaik sebanyak 4.180 juta, tersasar daripada ramalan ekonomi -4.270M. Selain itu, harga emas mencatatkan peningkatan sebanyak 0.23% ke $1555.70 satu troy auns oleh kerana peningkatan ketakutan para pelabur untuk mengambil risiko sementara waktu ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:15        EUR                                     ECB President Lagarde Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Jan) 52.4 52.4
17:30 GBP – Services PMI (Jan) 52.9 52.9
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan) 202K 159K
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jan) 55.0 55.1
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.548M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 97.70. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya di 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.80

Tahap sokongan: 97.70, 97.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan terdahulu di 1.3035. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1035. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1075.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1110

Tahap sokongan: 1.1035, 1.1000

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk menurun ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 109.65, 110.20

Tahap sokongan: 109.25, 108.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang tinggi. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6705.

 

Tahap rintangan: 0.6760, 0.6805

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6665

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6495. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6455.

 

Tahap rintangan: 0.6495, 0.6535

Tahap sokongan: 0.6455, 0.6430

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3265. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9690. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9690, 0.9735

Tahap sokongan: 0.9665, 0.9635

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 50.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 50.05, 51.55

Tahap sokongan: 48.80, 47.35

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1551.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1564.15.

 

Tahap rintangan: 1564.15, 1571.35

Tahap sokongan: 1551.10, 1544.90