83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Februari 2020                                Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aset selamat merosot, fokus pada koronavirus.

Yen Jepun telah menerima tekanan bearish sementara para pelabur mencerna isyarat terkini mengenai wabak koronavirus serta data ekonomi yang bullish dari AS. Pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.09% ke 109.84 semasa sesi Asia. Pada hari Jumaat yang lepas, laporan Nonfarm Payrolls bagi bulan Januari telah menjangkaui ramalan dan ia telah mengukuhkan sentimen optimis terhadap pemulihan aktiviti pengambilan pekerjaan selepas ia merosot pada bulan Disember lepas. Data tersebut juga telah meningkatkan spekulasi di mana Bank Pusat AS berkemungkinan untuk menghentikan pelan bagi melonggarkan dasarnya di dalam tahun ini sekiranya momentum ekonomi memulih secara kukuh. Namun, kenaikan pada pasangan USD/JPY adalah terhad berikutan dengan penyebaran wabak koronavirus secara meluas di rantau Asia. Menurut kepada South China Morning Post (SCMP), China telah melaporkan 2,478 kes baru sementara kadar kematian telah mencecah 1,018. Para pelabur khuatir bahawa epidemik koronavirus ini boleh menjejaskan perkembangan ekonomi global dan justeru memacu penghindaran risiko di dalam pasaran kewangan. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data yang akan datang dari AS serta wabak koronavirus bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.13% ke $50.20 setong. Niaga hadapan minyak menerima sokongan bullish selepas Azerbaijan mengumumkan pelan untuk memotong pembekalan minyak memandangkan kadar inventori adalah masih tinggi. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.18% ke $1,569.12 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22.00                     EUR                                        ECB President Lagarde Speaks

23.00                     USD                                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.30 GBP – GDP (MoM) -0.3%
17.30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Dec) -1.7% 0.5%
23.00 USD – JOLTs Job Openings (Dec) 6.800M 7.000M

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 98.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 99.05.

 

Tahap rintangan: 99.05, 99.55

Tahap sokongan: 98.65, 98.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2920. However, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2920, 1.2975

Tahap sokongan: 1.2870, 1.2820

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 1.0935. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0895.

 

Tahap rintangan: 1.0935, 1.0960

Tahap sokongan: 1.0895, 1.0855

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 110.20.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.55

Tahap sokongan: 109.60, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi divergence bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6705, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6680, 0.6665

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6405. However, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6405, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6365, 0.6325

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3265. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3265.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 0.9780.

 

Tahap rintangan: 0.9780, 0.9810

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9720

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 49.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 50.65.

 

Tahap rintangan: 50.65, 51.75

Tahap sokongan: 49.65, 48.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 1571.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1564.15.

 

Tahap rintangan: 1571.35, 1578.25

Tahap sokongan: 1564.15, 1558.00