1 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Sejauh manakah dolar akan meneruskan kenaikannya?
Dolar AS telah melanjutkan pemulihannya berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan data ekonomi yang positif dari rantau tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 96.06 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada US Commerce Department, Gross Domestic Product (GDP) bagi suku keempat memberi bacaan sebanyak 2.6%, sejajar dengan ramalan ekonomis. Tambahan pula, Chicago PMI bagi bulan lepas telah meningkat ke paras 64.7, melebihi ramalan ekonomis untuk memberi bacaan hanya 58.1. Kedua-dua laporan ini telah dilepaskan sehari selepas Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell memberikan ulasan yang positif mengenai perkembangan ekonomi sambil menyatakan bahawa mereka akan menyelaraskan semula polisi penyata imbangan pada lewat tahun ini. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menjunam sebanyak 0.66% ke 1.3260 selepas ia mencecah paras tinggi tujuh bulan pada semalam. Pasangan ini mengalami pembetulan teknikal susulan dengan lantunan dolar AS berlatarbelakangkan data ekonomi yang optimis. Namun, kerugian pada pound sterling adalah terhad selepas PM UK Theresa May mengumumkan bahawa ahli penggubal dasar British akan mendapat peluang untuk mengundi mengenai penangguhan tarikh Brexit sekiranya pelan yang dikemukakan beliau ditolak oleh parlimen.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.18% ke $57.17 setong. Harga komoditi ini telah ditutup dengan lebih tinggi semenjak semalam selepas AS melaporkan penurunan pada harga minyak mentah sebanyak 56,000 juta tong sehari ke paras 11.85 juta tong sehari. Laporan tersebut telah mencatat penurunan kali pertama semenjak bulan Mei tahun lepas dan ia memberi isyarat kepada penyusutan pembekalan minyak untuk sementara waktu. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.89% ke $1,314.18 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Feb) | 47.6 | 47.6 | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -2K | -5K | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.4% | 1.5% | – |
| 18:00 | EUR – Unemployment Rate (Jan) | 7.9% | 7.9% | – |
| 21:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Dec) | 0.1% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Dec) | 0.4% | -0.2% | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM) (Dec) | -0.1% | 0.0% | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Feb) | 56.6 | 55.5 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Feb) | 55.5 | – | – |
| 23:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) | 95.5 | 95.8 | – |
| 02:00
(2hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 853 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.00, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3170

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 111.45. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di sasaran 111.45.
Tahap rintangan: 111.45, 112.20
Tahap sokongan: 111.00, 110.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami momentum menurun dan menuju ke arah 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7170
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6890
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6735

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3120.
Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9980, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9950, 0.9930

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 57.45. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 57.45.
Tahap rintangan: 57.45, 58.55
Tahap sokongan: 56.45, 55.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 1315.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 1303.00.
Tahap rintangan: 1315.00, 1323.00
Tahap sokongan: 1303.00, 1292.85