83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 April 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Pelan Repo baru telah menurunkan harga indeks dolar.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam selepas Federal Reserve melaksanakan pelan repo baru yang dapat memanfaatkan pasaran kewangan. Pada hari semalam, bank pusat AS menubuhkan kemudahan repo FIMA (pihak berkuasa asing dan antarabangsa) yang dimana membolehkan semua pemegang akaun FIMA memasuki perjanjian belian semula dengan Federal Reserve. Melalui program ini, pemegang akaun FIMA dapat menukar dolar dengan menjual sekuriti perbendaharaan mereka untuk sementara waktu dengan Federal Reserve. Selain itu, tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada Federal Reserve bukan semata-mata bertujuan meningkatkan kecairan dolar tetapi juga mengehadkan bank pusat negara lain untuk menjual pegangan perbendaharaan mereka yang disebabkan oleh panik pasaran semasa tempoh penyebaran virus. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun 0.24% ke 98.95. Walau bagaimanapun, data ekonomi yang lebih baik dari negara AS sedikit mengehadkan kerugian dolar. Menurut Conference Board, CB Consumer Confidence AS dibebaskan pada bacaan sebanyak 120.0, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi 110.0, yang mencerminkan pengguna AS masih yakin terhadap ekonomi AS walaupun wabak virus Korona semakin serius.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.05% ke $19.95 setong kerana pasaran kekal pesimis terhadap prospek pasaran minyak. Para pelabut melihat tekanan jualan yang besar terhadap komoditi hitam ini yang disebabkan oleh kesan negatif Covid-19 serta peningkatan pengeluaran minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.12% ke $1,575.75 setroy ounce susulan dengan pelan terbaru daripada Federal Reserve telah meningkatkan selera para pelabur terhadap pasaran yang berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Mar) 45.7 45.5
16:30 Manufacturing PMI (Mar) 48.0 47.0
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Mar) 183K -150K
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Mar) 50.1 45.0
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.623M 4.333M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 99.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan pengundurannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 99.30, 101.20

Tahap sokongan: 97.60, 95.95

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2470. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2340.

 

Tahap rintangan: 1.2470, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2340, 1.2230

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran tahap rintangan di 1.1040. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0970.

 

Tahap rintangan: 1.1040, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0970, 1.0900

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 107.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.60.

 

Tahap rintangan: 107.65, 108.75

Tahap sokongan: 106.60, 105.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.6035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6350.

 

Tahap rintangan: 0.6350, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6035, 0.5720

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5865.

 

Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250

Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahaps sokongan terdahulu di 1.4185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3990.

 

Tahap rintangan: 1.4185, 1.4335

Tahap sokongan: 1.3990, 1.3805

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9625. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9580.

 

Tahap rintangan: 0.9625, 0.9680

Tahap sokongan: 0.9580, 0.9520

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 20.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut di 20.10.

 

Tahap rintangan: 21.15, 23.15

Tahap sokongan: 20.10, 19.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1579.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1536.95.

 

Tahap rintangan: 1579.00, 1602.55

Tahap sokongan: 1536.95, 1503.40