01 Jun 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut susulan dengan kebimbangan kadar inflasi.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya semalam susulan dengan para pelabur tetap khuatir terhadap kesan peningkatan kadar inflasi yang ketara, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Menurut kepada Burau of Economic Analysis, A.S. Core PCE Price Index telah memberi bacaan yang tinggi sebanyak 3.1% pada minggu yang lalu, kenaikan tahunan terbesar sejak Julai 1992 susulan dengan pemulihan ekonomi dari Covid-19 pandemi dan pelbagai gangguan bekalan di seluruh dunia. Pembacaan data inflasi yang tinggi kemungkinan akan mengurangkan nilai untuk Dolar AS sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah mata wang lain. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai data Nonfarm Payroll A.S. yang kaan dibebaskan pada hari Jumaat untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.22% ke 89.85.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.15% ke $66.95 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan harapan positif terhadap permintaan minyak mentah akan meningkat dengan ketara pada suku berikutnya, sementara pelabur akan fokus pada pertemuan OPEC + hari ini untuk menerima isyarat dagangan yang lebih lanjut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1907.90 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
23:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jun) | 0.10% | 0.10% | – |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (May) | 64.0 | 64.0 | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (May) | 9K | -9K | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (May) | 66.1 | 66.1 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 1.6% | 1.9% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Mar) | 0.4% | 1.0% | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (May) | 60.7 | 60.7 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.50.
Tahap rintangan: 90.25, 90.75
Tahap sokongan: 89.50, 88.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4235, 1.4370
Tahap sokongan: 1.4125, 1.4005

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahpa rintangan 1.2255. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2255, 1.2340
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2070

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.55.
Tahap rintangan: 109.80, 110.90
Tahap sokongan: 108.55, 107.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7805.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7880
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7620

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7240, 0.7140

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2045. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2045, 1.1785

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9095, 0.9175
Tahap sokongan: 0.8955, 0.8850

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 67.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 66.30.
Tahap rintangan: 67.25, 67.90
Tahap sokongan: 66.30, 65.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1908.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1908.10, 1923.95
Tahap sokongan: 1885.55, 1867.35