83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

01 Julai 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS menjunam susulan dengan keinginan AS untuk melaksanakan pelan rangsangan.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur,  dan akhirnya gagal melanjutkan kenaikannya semalam setelah pembuat dasar ekonomi AS mendedahkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan satu lagi pusingan bantuan ekonomi dalam waktu dekat. Sebelum Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan AS memberi keterangan, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan komen dovish mengenai keadaan kesihatan ekonomi semasa, sambil menekankan bahawa mereka berjanji akan memberikan bantuan tambahan untuk mencegah kerosakan jangka panjang Covid- 19 terhadap ekonomi mereka. Selain itu, Mnuchin mendedahkan bahawa mereka hampir mencapai kesepakatan untuk mendapatkan pelan rangsangan baru disetujui, dipercayai persetujuan ahli parlimen dapat diperoleh pada akhir bulan Julai. Selain itu, pelan bantuan selanjutnya berkemungkinan besar akan memberi tumpuan yang lebih banyak dalam menyokong perniagaan tempatan yang telah terjejas dengan mendadak sejak kemunculan wabak virus. Pada masa ini, AS masih adalah negara yang paling banyak terkena wabak virus, di mana kes jangkitan virus terbarunya pada hari semalam dicatatkan pada bacaan sebanyak 41,211 sementara jumlah kematian meningkat sebanyak 705 kes. Semasa sesi perdagangan awal Asia, indeks dolar turun 0.16% ke 97.40.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 1.04% ke $39.70 setong di tengah penurunan yang mendadak pada tahap inventori minyak mentah AS. Menurut API, Stok Minyak Mentah Mingguan AS dibebaskan pada -8.156M, lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada 1.749M, menunjukkan bahawa masalah bekalan melebihi telah bermula menyusut sementara permintaan pasar terhadap produk minyak mentah meningkat. Selain itu, harga emas meningkat 0.15% ke $1783.20 di tengah peningkatan kebimbangan pasaran terhadap wabak Covid-19.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                        FOMC Meeting Minutes

(2hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manufacturing PMI 44.6 44.6
15:55 EUR – German Unemployment Rate 6.3% 6.6%
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Jun) 50.1 50.1
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) -2,760K 3,000K
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) 43.1 49.5
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.442M -0.710M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 97.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan  mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 96.90.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.75

Tahap sokongan: 96.90, 96.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2335. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke paras tahap rintangan di 1.2435.

 

Tahap rintangan: 1.2435, 1.2525

Tahap sokongan: 1.2335, 1.2250

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1245, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1165, 1.1095

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 107.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke paras 108.35.

 

Tahap rintangan: 108.35, 108.90

Tahap sokongan: 107.90, 107.45

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7115.

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7295

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6500

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6380. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6480.

 

Tahap rintangan: 0.6480, 0.6580

Tahap sokongan: 0.6380, 0.6265

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3675. MACD yang memaparkan momntum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3500.

 

Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865

Tahap sokongan: 1.3500, 1.3355

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9475. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9430.

 

Tahap rintangan: 0.9475, 0.9535

Tahap sokongan: 0.9430, 0.9380

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 39.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.35.

 

Tahap rintangan: 41.35, 43.75

Tahap sokongan: 39.25, 37.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 1778.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang meningkat mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1794.30.

 

Tahap rintangan: 1794.30, 1818.40

Tahap sokongan: 1778.35, 1767.35