1 Julai 2021 Analisis Sesi Petang
Paun merosot susulan isu ekonomi UK.
Paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan mata wang lain telah lemah setelah data yang kecewa baru-baru ini mengesahkan bahawa ekonomi U.K telah mengecut semasa Q1. Menurut kepada Office for National Statistics, GDP UK telah jatuh sebanyak -1.6% pada suku pertama, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak -1.5%. Pengecutan tersebut adalah disebabkan oleh pengurangan dalam perbelanjaan pengguna akibat perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada awal tahun ini. Data tersebut juga sejajar dengan isyarat dari bank pusat England untuk mengekalkan dasar kewangan yang longgar kerana UK masih menghadapi risiko koronavirus dan momentum ekonomi masih rapuh. Sementara itu, peningkatan dalam kes koronavirus di UK juga menambah tekanan untuk mata wang paun. Semalam, UK mencatatkan sejumlah 26,068 kes koronavirus baru, tahap tertinggi sejak akhir Januari. Para pelabur bimbang bahawa kenaikan kes koronavirus akan mempengaruhi perbelanjaan pengguna dan akan memberi kesan pada momentum pemulihan ekonomi untuk masa depan. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.07% kepada 1.3818.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.47% kepada $74,08 setong berikutan dengan optimisme terhadap permintaan bahan bakar walaupun dengan kenaikan dalam pengeluaran yang telah dirancang. Menurut kepada laporan dalaman OPEC, pasaran minyak akan mengalami defisit dalam jangka pendek sementara Goldman Sachs meramalkan bahawa permintaan akan meningkat sebanyak 2.2 juta tong sehari pada akhir 2021. OPEC akan berjumpa dengan 10 sekutu pengeluar minyaknya yang diketuai oleh Rusia pada Khamis untuk mempertimbangkan kenaikan dalam pengeluaran selepas kenaikan harga minyak mentah selama berbulan-bulan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.09% kepada $1773.87 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 64.4 | 64.9 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jun) | 64.2 | 64.2 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 411K | 386K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) | 61.2 | 61.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 92.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.70.
Tahap rintangan: 92.70, 93.05
Tahap sokongan: 92.25, 91.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3785. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3925, 1.4020
Tahap sokongan: 1.3785, 1.3675

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1920, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1845, 1.1785

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 111.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.60.
Tahap rintangan: 111.60, 112.20
Tahap sokongan: 111.00, 110.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7475. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7545, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7475, 0.7395

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7010. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap 0.7010.
Tahap rintangan: 0.7010, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6925, 0.6825

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2420. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2350.
Tahap rintangan: 1.2420, 1.2505
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2275

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9245. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9280.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9320
Tahap sokongan: 0.9245, 0.9195

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 74.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 74.20, 76.30
Tahap sokongan: 72.40, 70.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1767.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1812.10.
Tahap rintangan: 1812.10, 1856.00
Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50