83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Ogos 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak walaupun dengan pemotongan kadar.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mencecah paras tinggi dua tahun walaupun dengan keputusan pemotongan kadar oleh Fed. Dolar telah menerima momentum bullish berikutan dengan keputusan Fed untuk memotong kadar sebanyak 25 mata asas. Pemotongan kadar tersebut merupakan pemotongan buat kali pertama di dalam sedekad sejak krisis kewangan. Walaupun pemotongan kadar telah dijangka, sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah lebih bercampuran di mana pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bahawa pemotongan tersebut bukannya permulaan siri panjang pemotongan kadar namun juga bukannya pemotongan buat sekali sahaja. Menurut kepada kenyataan FOMC, Fed telah menunjukkan sikap terbukanya terhadap pemotongan kadar yang selanjutnya, serta menegaskan bahawa mereka akan menilai data ekonomi untuk memastikan bahawa pasaran pekerjaan adalah kukuh dan sasaran inflasi berhampiran dengan objektif 2 peratus simetri mereka. Para pelabur yang menjangkakan pendirian yang dovish daripada FOMC dengan jangkaan pemotongan kadar secara agresif, kenyataan pada malam semalam telah mengurangkan jangkaan mereka serta menyebabkan mereka untuk membeli dolar dan menjual pelaburan aset selamat mereka. Walau bagaimanapun, Fed telah menamatkan pengurangan penyata imbangan dua bulan lebih awal daripada yang dirancang yang menunjukkan selanjutnya kelonggaran dasar kewangan mereka. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada data ekonomi selanjutnya daripada AS bagi memantau selanjutnya pendirian Fed terhadap dasar kewangan mereka. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.37% ke 98.55 sementara pasangan USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.43% ke 109.20 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.40% ke $57.65 setong walaupun dengan pengurangan paras inventori minyak mentah yang ketara. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak AS telah menurun sebanyak 8.496M, melebihi jangkaan ekonomis untuk menurun sebanyak 2.588M sahaja. Namun demikian, penurunan yang ketara dalam paras inventori telah gagal untuk memberi sokongan menaik kepada harga minyak selepas Fed mengisyaratkan bahawa pemotongan kadar selanjutnya adalah terhad. Selain itu, perundingan perdagangan AS-China terkini yang gagal untuk menunjukkan perkembangan yang penting juga menambah buruk sentimen pasaran minyak. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.22% ke $1409.50 se troy auns berikutan dengan peningkatan selera risiko para pelabur terhadap dolar selepas kenyataan FOMC yang menyebabkan para pelabur untuk menjual pelaburan aset selamat mereka dan memasuki ke dalam dolar yang lebih beruntung.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:00                     GBP                       BoE Inflation Report
Tentatif                  GBP                       BoE MPC Meeting Minutes
19:30                     GBP                       BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.55 EUR – German Manufacturing PMI (Jul) 43.1 43.1
16:00 EUR – Manufacturing PMI (Jul) 46.4 46.4
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Jul) 48.0 47.7
19:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Aug) 0.75% 0.75%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 206K 212K
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jul) 51.7 52.0

 

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 98.50. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.50, 99.85
Tahap sokongan: 97.90, 97.10

 

 

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan 1.2245. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1955.

 

Tahap rintangan: 1.2245, 1.2400
Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1015.

 

Tahap rintangan: 1.1100, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1015, 1.0950

 

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 109.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.75.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.30
Tahap sokongan: 109.00, 108.50

 

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.6825. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6865, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6825, 0.6760

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan 0.6550. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6420

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1.3230. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9935. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1.0005.

 

Tahap rintangan: 1.0005, 1.0095

Tahap sokongan: 0.9935, 0.9895

 

 


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 57.85. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 56.00.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25

Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1421.40. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1403.15.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35